web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tuduhan Tidak Berasas, SC Buat Laporan Polis

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2022 8:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu laporan polis dibuat oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terhadap Serba Dinamik Holdings Bhd (Serba Dinamik) kerana didakwa menuduh suruhanjaya berkenaan bertindak dengan niat jahat dan tidak mengikut prosedur dalam melaksanakan tugas.

Jurucakap SC hari ini berkata, dakwaan oleh Serba Dinamik itu amat tidak berasas dan berniat jahat, bertujuan mengelirukan orang ramai selain menimbulkan imej negatif terhadap suruhanjaya terbabit.

“Sebagai badan berkanun yang diberi mandat oleh Parlimen untuk mengawal selia pasaran modal Malaysia, SC diberi tanggungjawab untuk mengekalkan kepercayaan dan keyakinan terhadap pasaran modal.

“Tindakan penguatkuasaan SC terhadap Serba Dinamik diambil demi kepentingan awam, bagi meningkatkan integriti dan kebolehpercayaan penyata kewangan syarikat tersenarai,” katanya.

Jurucakap itu berkata, siasatan SC berhubung perkara ini telah dijalankan selaras dengan kuasa statutori dimiliki, mengikut proses dan prosedur yang telah dimantapkan.

Beliau turut menafikan tuduhan suruhanjaya berkenaan gagal menyerahkan dokumen berkaitan kes dan menjelaskan bahawa penggunaan kuasa siasatan telah dilaksanakan dengan betul serta berniat baik.

“Pegawai penyiasat, pegawai pendakwa dan timbalan pendakwa raya SC tidak pernah mengancam mana-mana kakitangan Serba Dinamik.

“Malah kenyataan yang direkodkan daripada saksi-saksi ini telah dijalankan mengikut proses yang sewajarnya dan telah diberikan kepada SC secara sukarela tanpa sebarang paksaan, ugutan atau janji,” ujarnya.

Awal April lalu, SC mengenakan kompaun berjumlah RM3 juta setiap satu ke atas Serba Dinamik Holdings Berhad (Serba Dinamik), ketua pegawai eksekutif, pengarah eksekutif, dan dua pegawai kerana mengemukakan penyata kewangan palsu kepada Bursa Malaysia.

Perkara itu berhubung angka hasil Serba Dinamik sebanyak RM6.01 bilion terkandung dalam keputusannya yang disatukan bagi suku tahun dan tahun berakhir 31 Disember 2020.

Berikutan representasi Serba Dinamik kepada Jabatan Peguam Negara, peguam negara pada 7 April lalu telah bersetuju agar kesemua pertuduhan tersebut dikenakan kompaun. - Getaran, 24 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Dakwaan Guna Datuk Seri Palsu

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Ugutan Bunuh: Dr Akmal Buat Laporan Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara