web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


CIMB Akan Tamatkan Sepenuhnya SMS OTP, Tukar Kepada SecureTAC Menjelang Separuh Pertama 2023

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 5:29PM

CIMB juga akan mempercepat langkah bagi mengehadkan pelanggan kepada hanya satu peranti mudah alih yang selamat untuk tujuan pengesahan transaksi perbankan dalam talian. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kumpulan CIMB hari ini menegaskan bahawa aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaannya, malah CIMB Bank Bhd serta CIMB Islamic Bank Bhd sedang dalam proses untuk melaksanakan kaedah keselamatan yang dipertingkat bagi menangani penipuan dalam talian sebagaimana dibangkitkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata bank itu sememangnya mempunyai dan melaksanakan aspek kawalan keselamatan pelbagai peringkat sedia ada.

"Pada masa sama, CIMB juga komited dalam memastikan aspek keselamatan terus dipertingkat bagi melindungi pelanggan,” katanya.

Selain itu, bank tersebut turut menyatakan sokongan terhadap lima langkah keselamatan tambahan yang diumumkan oleh BNM selain komited sepenuhnya bagi pelaksanaannya apabila tiba masa yang sesuai.

Mengulas usaha peralihan daripada penggunaan kata laluan sekali sahaja (OTP) melalui sistem pesanan ringkas (SMS)/ Kod Pengesahan Transaksi (TAC) kepada kaedah pengesahan kesahihan pelbagai faktor yang lebih kukuh, CIMB telah melaksanakan kelulusan SecureTAC menerusi aplikasi CIMB Clicks bagi aktiviti dalam talian, pindahan dana dan pembayaran selain perubahan terhadap maklumat peribadi serta tetapan akaun.

Bank tersebut akan menamatkan sepenuhnya pilihan alternatif penggunaan SMS OTP/TAC serta menetapkan penggunaan pengesahan SecureTAC menjelang separuh pertama 2023.

CIMB juga akan turut mempercepat langkah bagi mengehadkan pelanggan kepada hanya satu peranti mudah alih yang selamat untuk tujuan pengesahan transaksi perbankan dalam talian yang disasarkan dapat diperkenalkan menjelang akhir Oktober 2022.

"Sejajar dengan sekatan peranti mudah alih selamat tunggal, bank akan memperkenalkan langkah kawalan tambahan dalam bentuk proses pengesahan panggilan balik bagi semua pendaftaran perbankan dalam talian baharu serta pengaktifan peranti selamat baharu demi melindungi pelanggan daripada sebarang penipuan kewangan," katanya.

CIMB akan turut memperkenalkan tempoh bertenang sebagai langkah perlindungan tambahan bagi pendaftaran kali pertama perbankan dalam talian atau peranti yang selamat.

Pelanggan yang mengesyaki butiran perbankan mereka telah dikompromi atau berlakunya sebarang transaksi yang meragukan, diminta menghubungi segera pusat CIMB bagi membolehkan akaun mereka disekat secara serta-merta, katanya.

“CIMB akan turut menyediakan ciri layan diri di platform perbankan digitalnya untuk membolehkan pelanggan bertindak menggantung sementara akaun mereka dan perkhidmatan ini dijangka beroperasi pada separuh pertama 2023,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 bulan yang lalu

Kalau Menang CIMB Rising Start, Dapat Bimbingan Nyanyian Daripada Hael Husaini

2

TARA 1 tahun yang lalu

CIMB Preferred Anjur Bazar Siberturahim Fashion Fest Untuk Kali Kedua

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Rugi RM13,000 Akaun Digodam, Dr Rafidah Pertimbang Ambil Tindakan Terhadap CIMB

4

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Bank Patut Jaga Pelanggan’, Warganet Kritik CIMB, Mahu Sistem Keselamatan Dipertingkat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara