web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tular Di Asia Tenggara, Drama Cinta 'Melur Untuk Firdaus' Raih 11 Juta Penonton

Drama bersiri lakonan Meerqeen dan Anna Jobling ini turut mencapai 823 juta interaksi di media sosial sepanjang 28 episod bersiaran di kaca televisyen.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2022 8:12PM

Gambar ihsan TV3

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penangan 'Melur Untuk Firdaus' memang cukup luar biasa. Bukan setakat di Indonesia, drama bersiri yang menyatukan Meerqeen dan Anna Jobling sebagai pelakon utama ini berjaya meraih 11 juta penonton di Malaysia. 

Bahkan, ia turut mencapai 823 juta interaksi di media sosial sepanjang 28 episod bersiaran di skrin televisyen (sumber penarafan Nielsen 2022 Mei - Julai).

Drama yang penuh dengan bibit-bibit romantik ini telah mencetus fenomena di Asia Tenggara dan sejak mula disiarkan sehingga kini, sebanyak 200 akaun kelab peminat di media sosial telah dicipta peminat-peminat negara dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, Brunei dan Thailand. 

Daripada maklum balas yang diterima penonton melalui media sosial, rata-rata mereka memberi pujian terhadap pelakon kesukaan mereka seperti Meerqeen, Anna Jobling, Fimie Don dan Nesa Idrus kerana berjaya menghayati watak-watak yang diberikan, sehingga ada penonton mahukan drama ini disambung ke musim yang kedua. 

Lagu OST 'Melur Untuk Firdaus', ‘Duka Sebalik Tawa’ nyanyian Puteri Khareeza turut meraih kejayaan apabila memperolehi 1.8 juta tontonan di YouTube dalam tempoh masa sebulan. 

Selain itu, ia juga telah berjaya menduduki tempat ketiga di Spotify carta pop terkini dan ‘trending’ di YouTube di mana ia menduduki tangga ke-23 untuk muzik. 

Drama bersiri 'Melur Untuk Firdaus' terbitan A-Ten Alliance diadaptasi daripada novel karya Cik Nor Cinta, My Rude Wife serta diarahkan Zamri Zakaria. 

Ia mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Firdaus Iskandar (Meerqeen) yang tidak setuju untuk dikahwinkan dengan Melur (Anna Jobling) kerana dia sudah memiliki teman wanita bernama Dee. 

Namun, Dee tidak bersedia untuk berkahwin, manakala Melur pula yang memang amat menyukai Firdaus cuba memikat hati lelaki itu serta meletakkan tujuh syarat tertentu untuknya.  – Getaran 29 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Hantaran Individu Sokong Hubungan Malaysia, Israel Adalah Video Lama - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara