web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


'The Masked Singer Malaysia' Musim 3 Kembali Dengan Lebih Gah, Karakter Penuh Warna-Warni 

Karakter yang ditampilkan kali ini adalah Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish, Lollipop, Bertih Jagung, Zirafah, Abg Burger, Mr Parrot, Manggis, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda, Dewi Angsa dan Si Mawas. 

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2022 4:04PM

‘The Masked Singer Malaysia’ musim ketiga ini bakal menyaksikan penglibatan seramai lapan orang personaliti yang terdiri daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk tujuh muka baharu - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Program pertandingan nyanyian penuh misteri yang pernah mencetuskan fenomena di musim pertama dan keduanya sebelum ini, 'The Masked Singer Malaysia' (TMSMY) kini kembali untuk musim ketiga dengan karektor yang lebih warna-warni dan menarik. 

Karakter yang ditampilkan kali ini adalah Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish, Lollipop, Bertih Jagung, Zirafah, Abg Burger, Mr Parrot, Manggis, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda, Dewi Angsa dan Si Mawas.

Hos dan para juri 'The Masked Singer Malaysia'
Hos dan para juri 'The Masked Singer Malaysia'

Program tersebut akan mula bersiaran pada setiap hari Jumaat bermula 23 Disember, jam 9 malam di Astro Warna HD (saluran 107) dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand.

Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh berkata, seperti mana musim yang terdahulu, musim ketiga TMSMY masih mengekalkan pemilihan peserta  dari pelbagai cabang seni seperti penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet, pempengaruh media sosial yang  bakal bersaing sepanjang 10 minggu program tersebut.

“Musim ketiga TMSMY  kali ini lebih gah dan ‘vibrant’. TMSMY kali ini tidak akan lekang oleh waktu, malah tidak akan kering daripada elemen-elemen hiburan yang penuh dengan kejutan.

“Jadi, kali ini kami akan menampilkan 15 figura popular tanah air yang pastinya dengan identiti rahsia mereka disorok menerusi maskot-maskot yang cukup luar biasa dari kepala hingga ke kaki dan membuat persembahan misteri,” katanya. 

Norzeha berkata lagi, kesemua kostum itu direka khas oleh Akma Suriati Awang, individu yang bertanggungjawab membawakan kostum-kostum pada musim-musim sebelum ini.

“Selain itu, pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat turut menyerikan kostum ‘The Masked Singer Malaysia 2’ dengan sentuhan beliau dalam pelbagaikan gaya kostum ketika persembahan.

“Pemilihan kostum kali ini lebih menarik dengan kemunculan seperti lollipop dan bertih jagung yang mampu menarik perhatian kanak-kanak dan seisi keluarga untuk menonton program ini,” ujarnya.

‘The Masked Singer Malaysia’ menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, ‘The King of Mask Singer’ yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat yang berjaya mencetus satu fenomena yang cukup diminati ramai. 

‘The Masked Singer Malaysia’ musim ketiga ini bakal menyaksikan penglibatan seramai lapan orang personaliti yang terdiri daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk tujuh muka baharu. Mereka adalah Elly Mazlein, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Emma Maembong, Didie Alias dan Atu Zero. 

Ella Aminuddin pula kembali sebagai juri untuk tiga musim berturut-turut, manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.

Mengekalkan format asal program realiti ‘The King of Mask Singer’, kesemua peserta ‘The Masked Singer Malaysia’ musim ini akan memakai kostum menutupi susuk tubuh sambil menyembunyikan identiti masing-masing. 

Hanya suara dan kreativiti persembahan sahaja yang akan menjadi pertaruhan untuk menentukan kedudukan peserta dari minggu ke minggu sehinggalah dinobatkan sebagai juara. 

Untuk musim ini, program ini akan bersiaran dalam durasi dua jam hingga tiga jam bagi setiap episod, berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC). - Getaran, 15 Disember 2022.

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Tak Sangka! Datuk Jalaluddin Hassan Rupanya Selebriti Di Sebalik Topeng Si Manggis, Memang Satu Kejutan

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Masih Belum Sampai Masa Lagi Untuk Saya Berubah, Emma Maembong Juga Tak Mahu Respon Pasal Hamil 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Shuib Minta Jangan Timbulkan Spekulasi Tidak Benar Tentang Hubungannya Dengan Watie 

4

TARA 1 tahun yang lalu

Jom Bersorak Riang Di Pulau Jeju, Ada Taman Tema Karakter Animasi Popular Korea Selatan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

oleh Rahayu MN