web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Denes, Vimala Cipta Sejarah, Selebriti Tempatan Pertama Terima Golden Visa UAE

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Jan 2023 4:30PM

Dr Vimala (kiri) ketika menerima anugerah Golden Visa UAE daripada kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua selebriti tempatan mencipta sejarah apabila muncul sebagai rakyat Malaysia pertama menerima anugerah Golden Visa UAE daripada kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Anugerah tersebut disampaikan oleh pegawai kanan imigresen kepada aktor Tamil terkenal, Denes Kumar dan isterinya yang juga pengarah tersohor, Dr Vimala Perumal di ibu pejabat jabatan berkenaan di Abu Dhabi.

Diwujudkan dengan tujuan mempromosi UAE di peringkat global secara lebih agresif, Golden Visa lazimnya diberikan kepada pemimpin dan selebriti antarabangsa mengikut kriteria khas yang ditetapkan pemerintah.

Menerusi Golden Visa itu, penerima dibenarkan bermastautin di UAE selama 10 tahun dan menikmati pelbagai kemudahan ditawarkan kerajaan.

Denes ketika dihubungi Getaran mengakui amat teruja dengan anugerah tersebut, yang dianggap sebagai satu pengiktirafan kepada industri filem Tamil tempatan.

Menurut beliau, ia adalah pembakar semangat untuk melakar pencapaian lebih gemilang, apatah lagi anugerah berkenaan terhad kepada individu tertentu sahaja dan penerima perlu melalui tapisan yang amat ketat.

“Saya menerima Golden Visa UAE di bawah kategori artis manakala isteri, Vimala pula untuk kategori pengarah.

“Ini bermakna kerajaan UAE mengiktiraf pencapaian kami secara berasingan, dan bukan melihat kepada hubungan kami sebagai suami isteri semata-mata,” katanya yang masih berada di Dubai ketika dihubungi.

Denes (kiri) berbangga, dia dan isteri menjadi selebriti  tanah air pertama menerima anugerah Golden Visa UAE daripada kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.
Denes (kiri) berbangga, dia dan isteri menjadi selebriti tanah air pertama menerima anugerah Golden Visa UAE daripada kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Jelas Denes, majlis penyampaian anugerah tersebut turut dihadiri barisan pegawai kanan kerajaan UAE.

“Sehingga hari ini rasa teruja itu masih ada kerana saya tahu, proses untuk dipilih sebagai penerima Golden Visa bukan mudah atau diadakan secara tangkap muat. 

“Saya dan Vimala perlu melepasi pelbagai syarat walaupun kami dihubungi sendiri oleh kerajaan UAE. Hanya selepas melepasi pelbagai proses yang mengambil masa selama lapan bulan barulah mereka berpuas hati dan memilih kami sebagai penerima,” katanya.

Bapa dua anak itu memberitahu, beliau dan Vimala diminta oleh kerajaan UAE untuk menganggap Dubai serta Abu Dhabi sebagai rumah kedua, malah menikmati segala kemudahan ditawarkan demi keharmonian hubungan antara kedua-dua negara.

“Saya dan Vimala akan melakukan yang terbaik dalam memenuhi hasrat mereka kerana ini adalah peluang keemasan untuk membawa industri perfileman negara ke mata dunia.

“Menerusi produksi kami, Veedu Production, pelbagai rancangan dan projek akan disusun sebaiknya demi menghormati anugerah ini. Ia adalah pengiktirafan terbesar buat kami dan sektor filem Tamil tempatan,” katanya, sebak.

Denes dan Vimala sememangnya pasangan secocok yang selama ini memberi tanda aras baharu dan mengangkat industri filem Tamil tempatan.

Kejayaan mereka sukar dinafikan, khususnya menerusi trilogi Pasangge yang mengutip jutaan ringgit dan memahat nama keduanya di beberapa anugerah perfileman luar negara.

Keduanya kini sedang terbabit dalam penghasilan filem komedi seram berbahasa Melayu, Hantu Tenggek.

Sejumlah besar drama dan telemovie dihasilkan produksi milik mereka juga mendapat sambutan menggalakkan dan ditayangkan di beberapa platform berbayar antarabangsa termasuk Netflix dan Disney Hotstar.

Sekadar info, antara nama besar yang pernah menerima anugerah Golden Visa UAE ialah legenda Bollywood, Amitabh Bachchan, hero Bollywood pujaan ramai, Datuk Shah Rukh Khan, pereka fesyen ternama Giorgio Armani dan aktor Tamil terkemuka, Kamal Haasan. - Getaran, 18 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Selepas Malaysia, Filem 'Sumpahan Malam Raya' Terbang Ke Brunei Dan Singapura

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Sumpahan Malam Raya Gegarkan 1 Syawal, Bakal Pikat Penonton Dengan Elemen Seram Komedi

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Filem Tamil Malaysia Teroka Pasaran Baharu Di Netflix, Amazon Prime

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara