web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


14 Babak Harum Malam ‘Dicacatkan’, Yusof Haslam Minta LPF Buka Minda

Yusof berpendapat dialog yang disenyapkan tidaklah terlalu keras dan sensitif.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2023 8:02PM

Yusof Haslam berharap mereka yang duduk di LPF boleh buka minda - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam mengkritik kaedah pemotongan babak yang dikendalikan pihak Lembaga Penapisan Filem sehingga mencacatkan naskhah dan alur cerita sesebuah filem.

Yusof berkata demikian selepas 14 babak dalam filem Harum Malam terbitannya terpaksa dikaburkan dan beberapa dialog turut disenyapkan bagi melepasi tayangan klasifikasi penonton berumur 13 tahun ke atas (P13).

“Ini kritikan saya kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF), kita perlu bersifat terbuka memandangkan kita sudah hidup di dalam era digital. Saya harap mereka yang duduk di LPF boleh buka minda. 

“Saya kecewa melihat apa yang mereka sudah lakukan kepada filem tempatan sedangkan platform penstriman seperti Netflix sudah terbuka tayangkan adegan yang jauh lebih berani dan tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Ada dialog yang disenyapkan sebenarnya tidak terlalu keras dan sensitif. Kenapa nak sempitkan pemikiran dan bodohkan penonton?

“Jika filem ini ditayangkan untuk penonton 18 tahun ke atas, kita akan kehilangan penonton. Sekali gus ia akan mengganggu kutipan. Lagi pula, saya tengok ada filem yang klasifikasi umur 18 tahun ke atas juga terpaksa melalui banyak pemotongan babak,” katanya ketika ditemui Getaran di sidang media filem Harum Malam.

Ditanya mengapa Harum Malam tidak menggunakan kategori 18SG untuk memudahkan segelintir babak-babak itu melepasi tapisan LPF, Yusof berkata, kebanyakan produser kebiasannya akan memilih tayangan filem yang berklasifikasikan P13. 

“Ia sebenarnya berkaitan dengan sasaran penonton. Produser selalunya mahukan filem mereka melepasi semua khalayak penonton. Kalau menggunakan klasifikasi 18SG, hanya golongan penonton tertentu yang dapat melihatnya,” katanya. 

Dalam pada itu, pengarah Harum Malam, Dain Said pula berharap, pihak LPF dapat melihat filem dalam konteks yang lebih besar semasa mengendalikan tapisan.

Dain Said bersama para pelakon 'Harum Malam'  - Gambar Fail
Dain Said bersama para pelakon 'Harum Malam' - Gambar Fail

“Sebagai pengkarya, kami bertanggung jawab dengan naskhah yang dihasilkan. Dialog yang dihasilkan bukan ditulis saja-saja. Ia sangat berkaitan dengan subteks dan dunia cerita itu sendiri,” tambahnya.

Harum Malam terbitan Apparat, D’Ayu Pictures and Skop Productions ini menceritakan bagaimana seorang lelaki bernama Iqbal mempunyai keistimewaan untuk melihat makhluk ghaib di sekitarnya. Iqbal berhadapan dengan banyak insiden seram dan menakutkan sehingga terpaksa merungkai sebuah misteri yang terjadi di kawasan perumahannya.

Terdahulu, Harum Malam sudah ditayangkan  Sitges Film Festival, Sepanyol dan Fantastic Fest, sebuah festival filem bercorak “genre” (horror, fantasi) yang terbesar di Amerika Utara.

Turut sama menjayakan filem ini ialah Bront Palarae, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Nabila Huda, Idan Aedan, Arnie Shasha dan Faizal Hussein. - Getaran, 31 Januari 2023 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Sabarlah Bro, Orang Lain Pun Lapar Jugak!

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Filem Mentega Terbang Tiada Dalam Rekod Penapisan LPF

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Kandungan Filem Dan Drama: LPF Tiada Halangan Stesen TV Buat Tapisan Kendiri

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

10 Babak Dipotong, Filem 'Pulau' Bakal Ditayangkan Di 124 Buah Pawagam

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara