web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


10 Babak Dipotong, Filem 'Pulau' Bakal Ditayangkan Di 124 Buah Pawagam

Filem yang dibintangi oleh Alif Satar, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Sanjna Suri dan Ms Puiyi ini akan ditayangkan di pawagam bermula 9 Mac 2023.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Feb 2023 9:37PM

'Pulau' akan ditayangkan tanpa potongan di Singapura dan 17 potongan babak di Brunei - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem kontroversi, Pulau terpaksa berhadapan dengan potongan sebanyak 10 babak untuk mendapatkan klasifikasi tontonan PG13 daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF). 

Bagaimanapun, penerbitnya, Fred Chong berkata, dia percaya Pulau mampu menarik penonton tempatan walaupun berdepan dengan potongan babak sebanyak itu.

“Untuk mendapatkan klasifikasi PG13, kami terpaksa memotong 10 babak. Sebagai penerbit, kami sendiri telah memotong enam babak, kemudian LPF memotong lagi empat babak dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 10 babak.

"Pada mulanya Pulau berjaya mendapat tayangan 70 pawagam menerusi Skim Wajib Tayang. Tetapi pihak pengedar berjaya mendapatkan 127 pawagam. Cuma apabila Pulau diharamkan di sebuah negeri, jumlah berkurang kepada 124 pawagam. 

“Apa pun, saya berharap agar Pulau berjaya mengatasi rekod kutipan peribadi sendiri RM7 juta menerusi filem Nasi Lemak 2.0,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Pulau lewat petang tadi. 

Fred Chong - Gambar Fail
Fred Chong - Gambar Fail

Filem terbitan My Way Pictures dengan kerjasama Film Force dan WebTVAsia itu sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila treler filem berkenaan menerima kecaman hebat dari netizen gara-gara memuatkan babak panas dan pelakon yang berpakaian seksi.

Sementara itu, Fred menjelaskan, pihaknya masih menunggu keputusan rayuan membatalkan pengharaman tayangan filem tersebut di Terengganu.

“Sejujurnya kami masih berharap. Kami sudah menghantar rayuan seminggu lalu tetapi masih menunggu jawapan daripada kerajaan negeri.

“Bercakap soal kerugian, setakat ini kita tak boleh cakap. Kita berharap agar Pulau tidak berdepan kerugian. Cuma ada beberapa penaja menarik diri.

“Tetapi kita percaya, Pulau adalah satu filem yang baik dan harus ditonton. Jadi kita berharap agar penonton terbuka dengan filem ini,” katanya.

Tambah Fred lagi, filem ini akan ditayangkan tanpa potongan sebarang babak untuk tayangan di Singapura. Manakala untuk tayangan di Brunei, filem ini terpaksa dipotong sebanyak 17 babak. 

Filem Pulau diarahkan oleh Euho dan dibintangi Alif Satar, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Sabronzo, Ms Puiyi dan ramai lagi ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 9 Mac 2023.  - Getaran, 28 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 5 bulan yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 5 bulan yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 7 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara