web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Enggan Komen, Pengarah Filem 'Mentega Terbang' Bakal Beri Kenyataan Dalam Waktu Terdekat 

Sejak kontroversi 'Mentega Terbang' tercetus, Viu telah menarik balik tayangan filem tersebut menerusi platform mereka dan masih belum bersedia untuk memberikan sebarang komen. 

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 8:08AM

Filem pertama Khairi Anwar, 'Mentega Terbang' telah didakwa mencabar dan memesongkan akidah umat Islam - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Buat masa ini, saya tidak mahu beri sebarang komen. Namun, kami akan berikan kenyataan dalam tempoh waktu yang terdekat ini”. 

Demikian jawapan yang diberikan pengarah, Khairi Anwar berhubung kontroversi yang tercetus terhadap filem pertama arahannya, Mentega Terbang yang didakwa telah mencabar dan memesongkan akidah umat Islam.

'Mentega Terbang' diterbitkan oleh Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment dan ditulis Khairi Anwar bersama Arjun Thanaraju, Visshnu Varman dan Ti Teng-Hui - Gambar Fail
'Mentega Terbang' diterbitkan oleh Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment dan ditulis Khairi Anwar bersama Arjun Thanaraju, Visshnu Varman dan Ti Teng-Hui - Gambar Fail

Bahkan, filem itu turut mendapat desakan daripada beberapa pihak supaya tayangannya diharamkan kerana ia dianggap berbahaya buat anak-anak muda yang masih belum memahami Islam.

Mentega Terbang diterbitkan oleh Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment dan ditulis Khairi Anwar bersama Arjun Thanaraju, Visshnu Varman dan Ti Teng-Hui. 

Filem itu membicarakan beberapa persoalan seperti apakah wujud kehidupan selepas mati, syurga, neraka dan kebenaran hakiki, antara persoalan yang bermain di minda Aisyah, watak utama filem itu. 

Aisyah merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang terpesona dengan kebenaran agama, terutamanya tentang apa yang akan berlaku selepas kematian.

Dengan seorang ibu yang mempunyai barah dan bapa berjiwa liberal (akal dan gaya pemikiran), Aisyah cuba mencari jawapan terhadap persoalan yang membelenggu dirinya - Gambar Fail
Dengan seorang ibu yang mempunyai barah dan bapa berjiwa liberal (akal dan gaya pemikiran), Aisyah cuba mencari jawapan terhadap persoalan yang membelenggu dirinya - Gambar Fail

Dengan seorang ibu yang mempunyai barah dan bapa berjiwa liberal (akal dan gaya pemikiran), Aisyah cuba mencari jawapan terhadap persoalan yang membelenggu dirinya.

Filem bebas tempatan ini telah melalui tayangan secara tertutup pada akhir 2021 dan kemudian ditayangkan di platform OTT, Viu sejak 19 Januari lalu. 

Namun, beberapa babak di dalam filem berkenaan telah menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak khususnya dialog seorang ayah yang membenarkan anaknya untuk menukar agama lain.

'Mentega Terbang' telah melalui tayangan secara tertutup pada akhir 2021 dan kemudian ditayangkan di platform OTT, Viu sejak 19 Januari lalu
'Mentega Terbang' telah melalui tayangan secara tertutup pada akhir 2021 dan kemudian ditayangkan di platform OTT, Viu sejak 19 Januari lalu

Sejak kontroversi itu tercetus, Viu telah menarik balik tayangan filem tersebut menerusi platform mereka dan masih belum bersedia untuk memberikan sebarang komen. 

Filem ini dibintangi Syuma Salihin sebagai Aisyah, Nik Waheeda (Mama/Jamhariah), Firdaus Karim (Abah/Jailani), Arjun Thanaraju (Suresh), Khairunazwan Rodzy (Uncle Kasim) Shyamala Kandapper (Auntie Esther) dan Jesebel Lee (Sue Fen). – Getaran, 3 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Lukakan Perasaan Agama Lain, Pengarah Dan Penerbit Mentega Terbang Mengaku Tak Bersalah

2

Filem & TV 8 bulan yang lalu

Pengarah, Pelakon W : Two Worlds Mohon Maaf Gara-Gara Adegan Bercium

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Mentega Terbang Dilarang Tayang Seluruh Negara

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Saya Bukan Doktor Sebenar, Saya Hanya Pelakon, Mario Maurer Akui Didatangi Peminat Yang Mahu Dapatkan Rawatan Daripadanya 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

oleh Rahayu MN