web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kandungan Filem Dan Drama: LPF Tiada Halangan Stesen TV Buat Tapisan Kendiri

Berdasarkan Garis Panduan LPF sedia ada dan Akta Penapisan Filem 2002, kandungan sesebuah filem atau drama akan ditapis berteraskan empat prinsip iaitu, keselamatan dan ketenteraman awam; keagamaan; sosio-budaya; serta ketertiban dan ketatasusilaan.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 3:02PM

Mohd Dusuki Ya'acob bersetuju dengan pandangan bahawa kandungan sesebuah bahan yang diterbitkan oleh penggiat industri tempatan, perlu dipantau secara berterusan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak menghalang pihak stesen televisyen (TV) untuk membuat tapisan sendiri terhadap kandungan filem atau drama, yang akan disiarkan di platform masing-masing.

Pengerusi LPF Datuk Mohd Dusuki Ya'acob berkata ini kerana, mereka juga akan menggunakan garis panduan dan akta yang sama seperti LPF untuk membuat tapisan.

“...cuma untuk membuat tapisan, pihak TV perlu kena bersedia kerana kalau di LPF, individu yang menonton dan menapis filem itu, ialah orang yang sama setiap masa tetapi kalau di stesen TV, satu faktor yang harus dilihat ialah dia punya turn over (pertukaran individu mengendalikan tapisan).

“Kalau berlaku turn over, kita (LPF) takut berlaku isu kefahaman tentang penapisan itu. Itu yang kita risaukan, dari segi lain-lain kita sebenarnya menyokong untuk mereka buat tapisan sendiri,” katanya dalam program ‘Apa Khabar Malaysia’ yang membincangkan tentang Klasifikasi Filem Malaysia 2023 terbitan Bernama TV hari ini.

Mohd Dusuki berkata berdasarkan Garis Panduan LPF sedia ada dan Akta Penapisan Filem 2002, kandungan sesebuah filem atau drama akan ditapis berteraskan empat prinsip iaitu, keselamatan dan ketenteraman awam; keagamaan; sosio-budaya; serta ketertiban dan ketatasusilaan.

“Buat sementara ini, kita sudah ada tiga stesen TV yang diberikan kebenaran untuk menapis filem iaitu Astro, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Media Prima. Selain daripada itu, kita juga dalam senarai untuk memberikan kebenaran sama kepada Telekom Malaysia  Bhd (TM), TV Sarawak (TVS) dan Awesome TV, kerana mereka juga ada memohon untuk membuat tapisan sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau bersetuju dengan pandangan bahawa kandungan sesebuah bahan yang diterbitkan oleh penggiat industri tempatan, perlu dipantau secara berterusan oleh semua pihak termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Ini susulan terdapat kewujudan filem yang berunsurkan pluralisme agama dan melanggar akidah Islam disiarkan dalam plaftorm digital baru-baru ini, sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat.

“...maknanya adalah baik jika kita (Malaysia) ada satu akta yang boleh membendung perkara ini. Bagaimanapun seperti yang saya nyatakan sebelum ini, siaran filem atau drama di plaftform digital adalah di bawah bidang kuasa MCMC. Kita (LPF) hanya menapis filem-filem untuk peringkat tayangan umum,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Filem Mentega Terbang Tiada Dalam Rekod Penapisan LPF

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

10 Babak Dipotong, Filem 'Pulau' Bakal Ditayangkan Di 124 Buah Pawagam

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Klasifikasi Filem Baharu Buka Ruang Hasilkan Karya Kreatif, Selari Peredaran Zaman

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

14 Babak Harum Malam ‘Dicacatkan’, Yusof Haslam Minta LPF Buka Minda

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara