web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Filem Tamil Malaysia Teroka Pasaran Baharu Di Netflix, Amazon Prime

Bahasa Tamil membolehkan pengeluar filem Tamil tempatan ke peringkat antarabangsa dengan menyasarkan negara seperti India, Sri Lanka dan Singapura selain Malaysia.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2021 2:48PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penerbit filem Tamil di Malaysia kini menggunakan platform Over-the-Top (OTT), iaitu Netflix dan Amazon Prime, untuk meneroka pasaran luar dan mendapat pengiktirafan global.

Kini mungkin masa terbaik bagi pengeluar filem Tamil tempatan untuk memanfaatkan platform itu kerana terdapat ramai penonton merupakan pengguna dalam talian terutamanya sepanjang tempoh pasca pandemik.

“Tambahan pula, diaspora Tamil yang besar menawarkan peluang kepada pengeluar filem Tamil Malaysia untuk melangkaui dua atau tiga negara melalui platform penstriman.

"Bahasa Tamil juga membolehkan anda ke peringkat antarabangsa dengan menyasarkan negara seperti India, Sri Lanka dan Singapura selain Malaysia," kata penerbit filem Tamil tempatan R. Denes Kumar dalam temu bual dengan Bernama melalui Google Meet baru-baru ini.

Denes berkata, platform penstriman memberi lebih banyak kelonggaran kepada pengeluar filem Tamil tempatan untuk mengetengahkan gaya penceritaan unik selain membantu pengeluar memperkenalkan budaya masyarakat Malaysia yang pelbagai ke pasaran antarabangsa.

Beliau berkata, sejak kebelakangan ini kualiti filem Tamil tempatan bertambah baik dan banyak yang telah memenangi anugerah di dalam dan luar negara selain menyertai beberapa festival filem utama.

"Pada masa ini kita memerlukan orang yang dapat melihat sesuatu daripada perspektif yang pelbagai dan dapat menulis cerita kreatif, kita mahu filem Tamil Malaysia bersifat universal," katanya.

Denes berkata kapasiti kewangan sebuah filem jauh lebih tinggi ketika ditayangkan di pawagam berbanding platform OTT.

Mengulas mengenai 'Tamiletchumy Musim 2' yang akan ditayangkan 12 Ogos di Astro Vaanavil, Denes berkata siri tempatan itu mendapat sambutan memberangsangkan dari penonton tempatan tahun lalu.

Kali ini, penonton akan dihidangkan dengan 58 episod berkisar perjuangan wanita berkahwin dalam melayari kehidupan mengenai cinta, keluarga, pekerjaan dan komitmen. - Bernama

Gambar: Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara