web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Soft Toys' Batik Jana Pendapatan Suri Rumah, Bawa Identiti Melaka

Gaya Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2023 9:22PM

Mazlina Abdul Majid bersama 'soft toys' yang dihasilkan - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JASIN - Bermula dengan hobi, seorang suri rumah berjaya menjadikan minat menjahit sebagai sumber pendapatan dengan menghasilkan produk kraf soft toys iaitu mainan kanak-kanak yang dibuat daripada batik dalam pelbagai saiz, warna dan bentuk.

Mazlina Abdul Majid, 51, dari Kampung Rim berkata sehingga kini kira-kira 10,000 mainan dihasilkannya sejak beliau memulakan perniagaan kraf itu kira-kira empat tahun lepas.

Beliau berkata dengan menjadikan sebuah bilik dalam rumah sebagai bengkel menjahit, beliau turut dibantu dua pekerja bagi menghasilkan mainan kanak-kanak itu selain beberapa produk kraf lain seperti batu seremban, rantai kunci dan pelitup muka.

"Lebih istimewa mainan ini juga beridentitikan Melaka pada cap batik dan bentuk kancil selain terdapat bentuk seperti dinosaur, arnab, kucing, burung hantu dan lain-lain yang selamat digunakan untuk kanak-kanak dan juga sesuai untuk dijadikan cenderamata.

"Saya amat menitikberatkan kualiti pada setiap produk dihasilkan berbanding kuantiti bagi memastikan kepuasan pembeli dan produk itu tahan lasak," katanya kepada pemberita selepas ditemui pada Program Craft Media Tour di sini hari ini.

'Soft Toys' dihasilkan Mazlina Abdul Majid berjaya menembusi pasaran luar negara - gambar BERNAMA
'Soft Toys' dihasilkan Mazlina Abdul Majid berjaya menembusi pasaran luar negara - gambar BERNAMA

Menurut ibu kepada enam cahaya mata itu, beliau sebelum ini  bekerja di kilang namun terpaksa berhenti disebabkan menghadapi masalah slipped disc dan kemudiannya mengikuti kursus menjahit pada 2019 menerusi program quick win anjuran sebuah daripada agensi kerajaan selain mendapat bimbingan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia).

Mazlina berkata batik yang digunakan untuk membuat produk kraf itu diperoleh daripada pengusaha tempatan serta turut menghasilkan rekaan batik sendiri menerusi penggunaan tanah liat ketika proses membuat batik di bengkel berdekatan kampungnya.

Beliau berkata lebih membanggakan produk dihasilkan di bawah Che Embun Creative Collection miliknya itu juga kini berjaya dijual hingga ke United Kingdom menerusi platform MYCraftshoppe iaitu saluran pemasaran produk kraf dan perkhidmatan secara dalam talian.

"Alhamdulillah dalam tempoh empat tahun ini Kraftangan Malaysia banyak membantu dari segi bantuan kewangan, pengeluaran, bahan dan pemasaran sehingga produk kraf ini semakin dikenali.

"Saya juga melihat bidang kraf ini juga mempunyai potensi kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menceburinya yang boleh dijadikan sebagai punca untuk menambah pendapatan sampingan keluarga," katanya.

Mazlina Abdul Majid tekun menjahit di bengkel miliknya - gambar BERNAMA
Mazlina Abdul Majid tekun menjahit di bengkel miliknya - gambar BERNAMA

Mazlina berkata setiap mainan dan produk kraf itu dijual dengan harga serendah RM12 hingga RM120 mengikut saiz dan jenis. 

Usahawan kraf itu juga mendapat pensijilan Standard Kraftangan Malaysia 1:2022 - Penilaian bagi Pengelasan Industri Kraf Tangan Malaysia yang menepati tujuh penilaian ditetapkan iaitu berkaitan produk, keupayaan teknikal, keupayaan pengeluaran, amalan baik, kecekapan pengurusan, kekukuhan kewangan dan prestasi perniagaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

4

Kisah Kita 5 bulan yang lalu

Butik TAPAi Ketengah Produk Batik Buatan OKU

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN