web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hoi An Di Vietnam Dipilih Bandar Ke-20 Terbaik Di Dunia Oleh Majalah AS

Hoi An, bandar purba yang terletak di wilayah tengah Vietnam iaitu Quang Nam telah dipilih sebagai bandar raya ke-20 terbaik di dunia oleh pembaca majalah Travel + Leisure Amerika Syarikat (AS).

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2022 4:51PM

Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hoi An, bandar purba yang terletak di wilayah tengah Vietnam iaitu Quang Nam telah dipilih sebagai bandar raya ke-20 terbaik di dunia oleh pembaca majalah Travel + Leisure Amerika Syarikat (AS).

Para pembaca membuat penilaian berdasarkan faktor seperti kualiti hotel dan restoran, warisan budaya, daya tarikan, makanan dan protokol COVID-19, lapor Agensi Berita Vietnam.

Pekan purba itu tersenarai antara bandar terbaik Travel+Leisure sejak 2019.

Hoi An merupakan pelabuhan komersil antarabangsa dari abad ke-16 hingga ke-19, menarik kapal dagang dari China dan Jepun, serta menjadi tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh UNESCO.

Baru-baru ini, majalah Time Out yang berpangkalan di Dubai juga telah menyenaraikan Hoi An antara "tempat terbaik" untuk dilawati pada Julai sempena musim panas.

Sementara itu, Phú Quốc di wilayah selatan Kiên Giang menduduki tangga ke-14 bagi kategori 25 pulau terbaik dunia pada tahun ini.

Dua kemudahan penginapan Vietnam turut tercalon untuk Anugerah Terbaik Dunia Travel+Leisure 2022.

Majalah AS itu juga memberi pengiktirafan kepada hotel Capella Hà Nội sebagai antara 15 hotel terbaik di Asia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 bulan yang lalu

Vietjet Luaskan Penerbangan Ke Destinasi Pantai Popular Di Vietnam, Promosi Tiket Setiap Jumaat

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M'sia - Vietnam Setuju Tingkat Kerjasama Tangani Penangkapan Ikan Secara Haram

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Puluhan Maut Kebakaran Pangsapuri Di Hanoi, Vietnam

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Vietnam Rakan Malaysia Paling Akrab - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN