web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mercure Penang Beach Sesuai Untuk Bermalas-Malasan!

Orang Pulau Pinang pun boleh staycation, lepaskan lelah, lari daripada rutin harian yang sama dan lebih penting boleh manjakan diri.

Jelajah Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2024 3:30PM

Mercure Penang Beach terletak di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selalunya jika ke Pulau Pinang, ramai yang memasang niat untuk bermaraton kulinari kerana negeri ini adalah syurga makanan. Namun, ada juga yang memasang niat untuk bermalasan-malasan sambil menikmati pemandangan laut yang membuaikan perasaan.

Biar apa pun tujuan anda, memilih hotel yang sesuai adalah kunci utama agar percutian yang diidamkan tidak binasa. Persinggahan jelajah Getaran kali ini membawa kami singgah ke hotel yang terletak di Tanjung Bungah, iaitu Mercure Penang Beach.  

Terletak di lokasi yang sangat strategik, hotel ini menjanjikan pengalaman percutian yang diperlukan oleh tetamu yang mahu bermalas-malasan di hotel, terutamanya rakyat Pulau Pinang. Sesekali tiada salahnya melepaskan lelah, lari daripada rutin harian yang sama dan lebih penting boleh manjakan diri.

Terdapat empat jenis penginapan yang boleh dijadikan pilihan iaitu Superior King Bed, Superior Twins Bed, Superior Oceon View, King Bed dan Superior Ocean View Twin Beds. Jika impikan saat-saat menyaksikan matahari terbenam sambil menikmati secawan kopi di bilik, tempahlah bilik menghadap laut.

Bilik Superior King Bed
Bilik Superior King Bed

Cermin luas yang terpasang membolehkan tetamu menikmati pemandangan pada bila-bila masa, tanpa perlu meninggalkan bilik. Sofa pasang siap sememangnya praktikal, beri peluang tetamu menjamu mata dengan keindahan pantai dan laut yang terbentang luas.

Bilik Superior Oceon View, King Bed
Bilik Superior Oceon View, King Bed

Bilik jenis ini ideal untuk pasangan yang mahu berdua-duaan meraikan hari-hari istimewa seperti ulang tahun perkahwinan, hari jadi si dia mahupun bulan madu. Cuma harus diingatkan, bilik-bilik jenis ini memerlukan tempahan lebih awal kerana popular di kalangan tetamu.

Untuk yang datang berkeluarga, lebih baik menginap di Superior Suite Ocean View yang lebih luas dan boleh memuatkan sehingga 4 orang dewasa atau dua dewasa dan dua kanak-kanak.

Superior Suite Ocean View
Superior Suite Ocean View

Sarapan Pagi Dan Makan Tengah Hari Di Hotel

Jika bilik yang ditempah hadir bersama sarapan pagi percuma, janganlah malas turun bersarapan di restoran The Ombak. Restoran yang berada di hadapan lobi hotel ini menyediakan sarapan pagi yang terdiri daripada seleksi makanan tempatan, Asia dan Barat.

Restoran The Ombak
Restoran The Ombak

Biarpun pilihannya tidaklah banyak, tetapi pasti ada sesuatu yang enak dan kena dengan selera. Paling tidak, boleh menikmati secawan kopi bersama roti bakar atau sepinggan nasi lemak. Selain itu, ada juga pelbagai pilihan roti dan pastri untuk mengalas perut.

Spageti udang masak lemak
Spageti udang masak lemak

Selain sarapan pagi, boleh juga cuba menu makan tengah hari yang sedang dipromosikan oleh restoran ini iaitu spageti udang masak lemak dan Nasi Goreng Lamb Chop.

Nasi Goreng Lamb Chop
Nasi Goreng Lamb Chop

Sejak diperkenalkan beberapa minggu lalu, ia mendapat sambutan yang baik. Sebelum beredar, sudahi makan tengahari anda dengan sesuatu yang manis, dapatkan aneka kek keju yang disediakan oleh Chef Hairi. Ada perisa coklat, mangga dan beri biru.

Aneka kek keju disediakan oleh Chef Hairi
Aneka kek keju disediakan oleh Chef Hairi

Jika hidangan di hotel masih belum bisa memuaskan selera, panjangkanlah langkah ke restoran-restoran pilihan. Ingat! dengan lokasi yang strategik, anda boleh ke Batu Feringhi dan Georgetown hanya dalam masa 15 ke 20 minit dengan memandu.

Untuk maklumat lanjut tentang Mercure Penang Beach, boleh layari laman web mereka di sini. – Getaran, 24 Julai, 2024

Foto : Rahayu MN & Mercure Penang Beach

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 bulan yang lalu

2 Hotel Mampu Inap Di Jakarta, Dekat Tempat Makan Dan Beli-Belah

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Op Noda: 263 Individu Ditahan Di Ibu Kota

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Simpati Dengan Mangsa, Ronaldo Arah Hotel Miliknya Jadi Pusat Perlindungan 

4

TARA 1 tahun yang lalu

5 Hotel Pilihan Untuk Introvert, Tak Perlu Bersemuka Dengan Petugas Hotel

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN