web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


67 Tahun Merdeka, Jom Kenali Puncak Tertinggi Negara!

Menjelang bulan kemerdekaan Ogos ini, Agoda berkongsi tentang ‘puncak-puncak’ yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Jelajah Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2024 8:02AM

Menara Merdeka 118 merupakan bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berdasarkan data tempahan terkini daripada platform pelancongan digital Agoda, Kuala Lumpur menduduki tempat kelima dalam senarai destinasi antarabangsa paling popular untuk enam bulan pertama 2024, berada di belakang Tokyo, Bangkok, Osaka dan Seoul.  

Namun begitu, tarikan Malaysia bukan sahaja tertumpu kepada Kuala Lumpur. Bandar-bandar lain seperti Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Melaka juga merupakan antara tumpuan utama untuk para pelancong antarabangsa.

Menjelang bulan kemerdekaan pada Ogos ini, Agoda berkongsi tentang ‘puncak-puncak’  yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, bahkan ada antaranya sohor di mata dunia.

1. Merdeka 118 - Puncak Seni Bina Moden

Bangunan pencakar langit 118 tingkat berketinggian 678.9 meter merupakan bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai.

Dinamakan sempena Kemerdekaan Malaysia, puncak Menara Merdeka 118 mencapai ketinggian 700.9 meter di atas paras laut, mengukuhkan kedudukannya sebagai bangunan tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.

Terletak berhampiran Stadium Merdeka di mana pengisytiharan kemerdekaan dilaungkan suatu ketika dahulu, Merdeka 118 melambangkan kegemilangan dan juga aspirasi moden Malaysia.

Pelancong boleh melawat dek pemerhatian untuk menyaksikan latar langit bandar metropolitan yang indah ini apabila ia dibuka kelak pada hujung tahun ini.

2. Gunung Ledang - Puncak Kisah Cinta Teragung

Gunung Ledang yang tersergam indah di Taman Negara Gunung Ledang mempunyai ketinggian 1,276 meter. Ia merupakan puncak tertinggi di Johor yang kaya dengan khazanah alam semula jadi serta mengisahkan kisah dongeng yang mempersonakan.

Gunung ini terkenal dengan Legenda Puteri Gunung Ledang, yang mengisahkan tentang seorang puteri mistik yang menetapkan syarat-syarat mustahil bagi menerima pinangan Sultan Melaka.

Gunung Ledang terus menarik kunjungan para pelancong yang tidak sabar untuk meneroka denai ke puncaknya dan juga kisah mistiknya. Ia juga telah menjadi inspirasi kepada beberapa nashah seni seperti filem ‘Puteri Gunung Ledang’, lakonan Tiara Jacquelina dan M. Nasir.

3. Bukit Bendera, Pulau Pinang – Puncak Bersejarah

Di utara Malaysia, Bukit Bendera (Penang Hill) terkenal dengan keindahan semula jadi dan juga warisan sejarahnya. Ia adalah sebahagian daripada Rizab Biosfera Bukit Bendara yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan merupakan penyenaraian ketiga Malaysia di dalam Rangkaian Rizab Biosfera Dunia.

Dijadikan sebagai pusat peranginan sejak akhir abad ke-18, Bukit Bendera juga mempunyai laluan kereta api funikular yang menuju ke puncaknya. Perkhidmatan kereta api ini telah dibuka pada tahun 1924 pada asalnya dan telah dibaik pulih pada tahun 2010.

4. Gunung Kinabalu – Keajaiban Puncak Alam Semula Jadi

Di Borneo, ketinggian Gunung Kinabalu yang mencapai 4,095 meter, menjadikannya puncak tertinggi di Malaysia dan ketiga tertinggi di dunia.

Ia terletak di Taman Kinabalu, tapak Warisan Dunia UNESCO yang terkenal dengan biodiversitinya. Gunung Kinabalu menjadi habitat kepada pelbagai jenis flora dan fauna, termasuk bunga Rafflesia dan burung enggang yang jarang ditemui.

Dengan adanya 5,000 hingga 6,000 spesies tumbuhan, 326 spesies burung dan lebih 100 spesies mamalia, ia merupakan salah satu tapak biologi yang paling penting di dunia.

Bagi mereka yang gemarkan pengembaraan, pendakian ke puncak Gunung Kinabalu merupakan satu cabaran fizikal serta suatu penikmatan keindahan alam semula jadi sepanjang perjalanan. 

5. Menara Taming Sari – Puncak Panorama

Menara Taming Sari merupakan mercu tanda ikonik di Melaka dengan berketinggian 110 meter. Menampilkan pemandangan panoramik 360 darjah di sekitar bandar bersejarah tersebut, termasuklah tapak Warisan Dunia UNESCO, Kubu A Famosa, Bukit St. Paul dan Jalan Jonker yang meriah.

Dinamakan sempena keris legenda Taming Sari, senjata mitos milik pahlawan Melayu Hang Tuah, dek pemerhatian berputar menara ini boleh memuatkan sehingga 80 orang untuk menyaksikan pemandangan indah bandar raya Melaka dan kawasan sekitarnya.

Ambil Peluang Bercuti Ke Puncak Tertinggi Bersama Agoda

Sempena ketibaan Hari Merdeka pada 31 Ogos, Agoda mengesyorkan para pelancong tempatan serta antarabangsa untuk membawa pengalaman percutian mereka ke puncak-puncak tertinggi ini.

Setiap puncak ikonik ini melambangkan aspek unik warisan dan kegemilangan Malaysia, serta menawarkan pengalaman percutian yang tiada seumpamanya.

Selain daripada lebih 4.5 juta tempat penginapan, platform Agoda juga menawarkan lebih daripada 130,000 laluan penerbangan dan lebih 300,000 aktiviti liburan, yang semuanya boleh digabungkan dalam satu tempahan yang sama.

Dengan adanya pelbagai jenis tawaran ini, Agoda merupakan sebuah platform pelancongan dalam talian yang paling ideal untuk mencari dan mendapatkan pakej percutian bernilai hebat dengan mudah bagi cuti Merdeka yang bakal menjelang nanti. – Getaran, 28 Julai, 2024

Foto : Unsplash

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Dulu Gempa Bumi, Sekarang Lereng Pulak Runtuh!

2

Selebriti 5 bulan yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Khidmat Funikular Bukit Bendera Ditutup 5 Hingga 11 Jun

4

Jelajah 8 bulan yang lalu

5 Destinasi Percutian Dalam Negara Yang Kian Popular 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN