web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dari Perundangan Ke Dunia Kosmetik, Nik Sarina Puas Cantikkan Pelanggan

Karier Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2022 4:33PM

Nik Sarina Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bermula dengan hasrat mengikut jejak langkah suami, cinta Datin Dr Nik Sarina Hashim terus subur dalam dunia perniagaan.

Meski perlu melepaskan tugas sebagai peguam di firma terkemuka, wanita berusia 49 tahun ini akur dengan laluan takdir yang terukir untuknya.

Menurut beliau, cinta pada dunia perundangan masih menebal namun keinginannya begitu kuat untuk meneroka lapangan baharu selepas sekian lama, dan perniagaan kosmetik menjadi pilihan.

"Hingga ke hari ini, saya masih ingat, pertama sekali saya bekerja dalam bidang perundangan sebagai Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Malaysia dan Majistret di Shah Alam, Selangor. 

"Beberapa tahun selepas itu, saya memulakan tugas sebagai sebagai Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan seterusnya memilih peguam dalam bidang perbankan dan korporat sebagai kerjaya terakhir," kata Pengasas Slae Cosmetics itu ketika memulakan bicara bersama Getaran.

Sokongan berterusan kakitangan, ejen dan pengedar menjadi antara dasar yang memacu perniagaan kosmetik Nik Sarina.
Sokongan berterusan kakitangan, ejen dan pengedar menjadi antara dasar yang memacu perniagaan kosmetik Nik Sarina.

Menurut anak kelahiran Singapura itu, memang sukar untuk memilih antara minat dan cita-cita, apatah lagi jika ia membabitkan dua bidang sangat berbeza namun tiada apa yang mustahil.

Katanya, tunjuk ajar suami tercinta membantu membentuk dirinya agar gigih dan cekal menempuh apa juga cabaran mendatang.

"Idola saya ialah suami sendiri kerana beliau begitu gigih dalam menempuh apa jua cabaran yang datang. Pesanan yang selalu suami saya berikan ialah 'make sure you have a good accountant," ujarnya.

Jelas ibu tiga anak itu, inspirasi diberi suami serta kepercayaan pelanggan yang menggunakan produk miliknya menjadi satu suntikan semangat untuk beliau terus gigih mempertahankan empayar perniagaan dibina.

Katanya, mempunyai pasukan yang mempunyai aspirasi dan impian selari membantu sesebuah perniagaan untuk mara dengan lebih jauh.

“Sebelum tercetusnya idea untuk membuka label kosmetik sendiri, saya terlebih dahulu memasarkan pelbagai produk lain di pasaran.

"Dari situ, saya dapat melihat bagaimana produk yang berkualiti boleh pergi jauh dan berpeluang bertahan untuk satu jangka masa panjang," ujarnya.

Nik Sarina bersama kakitangan yang sentiasa memberikan sokongan.
Nik Sarina bersama kakitangan yang sentiasa memberikan sokongan.

Berkongsi mengenai cabaran yang dilalui sepanjang mengasaskan SLAE Cosmetic, Nik Sarina yang kini menggalas tanggungjawab sebagai pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat memberitahu, ia adalah lumrah dalam dunia perniagaan.

"Bagi saya, setelah memulakan perniagaan kosmetik ini sejak tahun lepas, masalah penghantaran barang oleh pihak ketiga menjadi cabaran pertama.

"Kadang-kadang penghantar kurang prihatin bahawa apa yang dihantar ialah amanahnya sebagai penghantar dan mereka perlu memastikan bungkusan dikendalikan dengan cermat,” katanya.

Nik Sarina yang turut mencintai dunia Polo juga berkata, sukan lasak itu membantu dirinya untuk lebih berdisiplin dan kuat dari aspek ketahanan mental.

"Keupayaan dan kemahiran mengawal situasi ialah elemen penting bagi sesuatu perniagaan, dan saya mampu menguasai kemahiran melalui pembabitan aktif dalam sukan polo," jelasnya.

Menurut Nik Sarina, semenjak di bangku sekolah lagi, beliau sangat aktif dalam sukan dan setelah berkahwin, minatnya lebih kepada aktiviti menunggang kuda. 

Nik Sarina (kiri) juga meminati sukan Polo.
Nik Sarina (kiri) juga meminati sukan Polo.

Dari situ, beliau mula berjinak dengan sukan polo dan mengambil bahagian dalam perlawanan sukan polo. 

"Dalam 10 tahun yang lepas saya mula berjinak dalam sukan polo dan dari semasa ke semasa, mengambil bahagian dalam perlawanan polo. 

"Baru-baru ini selepas kejohanan polo dibuka semula, pasukan saya telah bertanding dalam kejohanan polo League Pertama Merdeka Cup di Taman Ekuestrian Putrajaya dan tidak lama lagi dalam League Kedua," kongsinya.

Ditanya mengenai visi perniagaan, wanita jelita itu berkata, SLAE akan melancarkan pelbagai rangkaian produk demi memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan.

"Harapan kami bukan setakat menjalankan perniagaan secara fizikal tetapi juga melakukan jualan ke negara secara luar secara dalam talian.

"Dunia keusahawanan bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih mudah berkerja makan gaji sebenarnya. Sebagai usahawan ada seribu satu yang harus difikirkan walaupun tidak terikat dengan waktu pejabat,” katanya mengakhiri perbualan. - Getaran, 1 Mei 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara