web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Turki Kecam Tentera Guna Kekerasan Terhadap Orang Awam Di Myanmar

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2021 12:26PM

Polis Myanmar menahan seorang lelaki di Bandar Taunggyi, di negeri Shan pada 28 Februari. – Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANKARA - Turki pada Ahad mengecam tindakan tentera Myanmar yang menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Kami bimbang dengan ketidakstabilan di Myanmar yang semakin merosot selepas rampasan kuasa tentera pada 1 Februari 2021.

"Kami mengggesa langkah segera diambil untuk memulihkan demokrasi bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan di negara ini dan mengakhiri keganasan terhadap penunjuk perasaan," kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga mengecam peningkatan kekerasan terhadap penunjuk perasaan anti-kudeta dan terdapat maklumat sahih menyatakan sekurang-kurangnya 18 kematian dan lebih 30 yang lain cedera.

Menurut saksi dan laporan media tempatan, penunjuk perasaan diserang dengan gas pemedih mata, peluru getah serta bom tangan ketika polis dan tentera meningkatkan tindakan keras terhadap kempen menentang rampasan kuasa tentera baru-baru ini.

Myanmar menyaksikan tunjuk perasaan besar-besaran sejak tentera mengisytiharkan perintah darurat pada 1 Februari selepas menahan Aung San Suu Kyi dan pemimpin kanan Liga Demokratik Kebangsaan (NLD). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kes Bunuh Pekerja Kilang Warga Myanmar: 7 Lelaki Ditahan

2

Luar Negara 5 bulan yang lalu

Menteri Luar ASEAN Gesa Hentikan Segera Keganasan Di Sempadan Myanmar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Mayat Mangsa Tanah Runtuh Cameron Highlands Berjaya Dikeluarkan

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Lelaki Myanmar Maut Dalam Kebun Durian, 2 Rakan Senegara Ditahan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global