web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


OIC Beri Amaran 'Konfrontasi Agama' Ekoran Serbuan Israel Ke Atas Al-Aqsa

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2023 11:30AM

OIC meminta Israel bertanggungjawab “atas sebarang akibat hasil tindakan provokatif, menerusi serangan kejam yang sistematik, provokasi yang disengajakan dan hasutan untuk mencetuskan konfrontasi agama. - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Sabtu memberi amaran tentang "konfrontasi agama" berikutan serbuan Israel ke atas kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Keganasan semakin memuncak di seluruh wilayah Palestin sejak beberapa hari kebelakangan ini selepas tentera Israel menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa dan memaksa jemaah keluar selama dua malam berturut-turut pada Selasa dan Rabu.

Serangan roket dari Semenanjung Gaza dan Lubnan dilancarkan selepas provokasi berkenaan dan Israel bertindak balas dengan serangan udara, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat agung luar biasa Jawatankuasa Eksekutif OIC, kumpulan itu mengutuk "sekeras-kerasnya tindakan pasukan dan pendatang Israel yang berulang kali menyerbu Masjid Al-Aqsa."

OIC meminta Israel bertanggungjawab “atas sebarang akibat hasil tindakan provokatif, menerusi serangan kejam yang sistematik, provokasi yang disengajakan dan hasutan untuk mencetuskan konfrontasi agama.”

Organisasi yang berpangkalan di Jeddah itu menyeru masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan PBB, "untuk mengambil tindakan segera dan langkah-langkah yang perlu bagi menghalang dan menghentikan provokasi Israel dan semua langkah dan dasar haram yang menjejaskan bandar Al-Quds dan kesucian Masjid Al-Aqsa tanpa pilih kasih.” - Bernama-Anadolu

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kontena Israel Diarah Patah Balik Ke Thailand - Kastam Perlis

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Malaysia Kecam Serangan Berterusan Israel Ke Atas Gaza

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Lelaki Israel Dibicarakan Kerana Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah