web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Twitter Berdepan Saman AS$250 Juta Daripada 17 Penerbit Muzik

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 11:34AM

Tujuh belas penerbit muzik yang memegang hak muzik daripada artis termasuk Drake, Taylor Swift dan Adele, memfailkan tuntutan mahkamah bersama di mahkamah persekutuan Tennessee. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LOS ANGELES - Gabungan penerbit muzik termasuk Universal Music Publishing Group, Warner Chappell Music dan Sony Music Publishing menyaman Twitter berhubung "pelanggaran hak cipta besar-besaran" yang melibatkan katalog muzik syarikat masing-masing, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Tujuh belas penerbit muzik yang memegang hak muzik daripada artis termasuk Drake, Taylor Swift dan Adele, memfailkan tuntutan mahkamah bersama di mahkamah persekutuan Tennessee. Mereka menuntut lebih daripada US$250 juta sebagai ganti rugi.

Mereka ialah ABKCO Music, Anthem Entertainment, Big Machine Music, BMG Rights Management, Concord, Hipgnosis, Kobalt, Mayimba, Peer, Reservoir Media Management, Sony Music Publishing, Spirit Music Group, the Royalty Network, Ultra Music Publishing, Universal Music Group Publishing, Warner Chappell dan Wixen.

X Corp milik Elon Musk yang memiliki Twitter merupakan defendan tunggal.

"Twitter berdiri sendiri sebagai platform media sosial terbesar yang enggan melesenkan jutaan lagu untuk perkhidmatannya.

"Twitter mengetahui sepenuhnya bahawa muzik itu dibocorkan, dilancarkan dan distrim oleh berbilion-bilion orang setiap hari di platformnya. Ia tidak lagi boleh berselindung di sebalik (Akta Hak Cipta Milenium Digital) dan enggan membayar penulis lagu dan penerbit muzik," kata ketua eksekutif Persatuan Penerbit Muzik Kebangsaan David Israelite dalam satu kenyataan.

Sebagai reaksi kepada soalan mengenai tuntutan mahkamah itu, jabatan media Twitter memberikan  emoji “najis” (poop)  pada ruangan 'auto-reply'.

Menurut The New York Times, Twitter baru-baru ini mempertimbangkan melesenkan muzik daripada tiga label utama, namun rundingan itu gagal selepas Musk mengambil alih syarikat itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

NADMA Terima Aset Perubatan FAST Bernilai RM6 Juta

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Logo Baharu Twitter 'X' Diturunkan Dari Ibu Pejabat Selepas Aduan

3

TARA 1 tahun yang lalu

10 Perkara Mengenai Aplikasi X Yang Anda Perlu Tahu

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Saingan Baharu Twitter, Threads Melepasi 10 Juta Pengguna, Kata Zuckerberg

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki