web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wanita Hantar Surat Beracun Kepada Trump Dipenjara 22 Tahun

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2023 12:58PM

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Seorang wanita berusia 55 tahun dijatuhi hukuman penjara hampir 22 tahun selepas didapati bersalah menghantar sampul surat berisi racun risin kepada presiden Amerika Syarikat ketika itu Donald Trump, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Wanita itu, yang tidak dinamakan, akan kekal di bawah pengawasan kehakiman walaupun selepas dibebaskan, menurut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pada Khamis.

Wanita yang mempunyai dua warganegara iaitu Kanada dan Perancis, mengaku menghasilkan risin di rumahnya di Quebec pada September 2020. Dia menghantar surat yang mengandungi racun itu  ke Rumah Putih dan pegawai penguatkuasa undang-undang di Texas.

Dia juga telah mencerca Trump di media sosial. Dalam sepucuk surat yang ditujukan kepada Trump, dia telah meminta Republikan menarik balik pencalonannya dalam Pilihan Raya Presiden 2020. Sampul surat itu bagaimanapun telah dipintas oleh Perkhidmatan Rahsia.

Hukuman penjara ini adalah sebahagian daripada perjanjian dengan pihak pendakwaan yang telah diluluskan oleh mahkamah.

Surat-surat yang dicampur dengan risin sangat beracun, turut dihantar kepada presiden ketika itu Barack Obama serta Datuk Bandar New York Michael Bloomberg pada 2013.

Risin boleh membawa maut meskipun dalam kuantiti yang kecil. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Trump Cedera Dalam Kejadian Tembakan Semasa Berkempen

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ulangi Gesaan Minta AS Hentikan Keganasan Israel Di Gaza

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Malaysia Kesal UNSC Gagal Iktiraf Palestin Sebagai Anggota Penuh PBB

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi