web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM, Menteri Saksi Pertukaran MoU Bernilai RM19.84 Bilion

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Sep 2023 8:10PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama menteri, timbalan menteri serta wakil syarikat terbabit selepas majlis pertukaran MoU di Nanning, China. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NANNING - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan disertai beberapa menteri Malaysia, menyaksikan pertukaran tiga Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai RM19.84 bilion antara syarikat-syarikat Malaysia dan China sempena lawatan kerja sehari beliau ke Nanning, China.

Menteri terbabit adalah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.

Maklumat yang dikongsi oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) menunjukkan MoU pertama dengan nilai pelaburan dianggar RM15 bilion (AS$5.2 bilion) adalah antara Citaglobal Bhd dan Shanghai Sus Environment, yang mana kedua-dua syarikat akan meneroka potensi kerjasama pembangunan loji janakuasa sisa kepada tenaga terutamanya di Malaysia.

MoU kedua bernilai kira-kira RM2.34 bilion (AS$500 juta) pula adalah pertukaran antara PM Access World dan Beibu Gulf Port Group.

Ia membabitkan kerjasama pergudangan dan logistik antara kedua-dua syarikat dalam menyokong Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu rantau ini untuk menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Guangxi dan Malaysia.

Sementara itu, MoU terakhir dengan anggaran eksport sebanyak RM2.5 bilion adalah antara Sime Darby Oils International Ltd dan GuangXi Beibu Gulf International Port Group. 

MoU ini adalah mengenai kerjasama membina pusat perdagangan dan pengedaran minyak sawit ditapis dan lelemak di Qinzhou, China dengan anggaran jumlah urus niaga tahunan sebanyak 500,000 tan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan mengadakan lawatan kerja sehari ke Nanning atas undangan Perdana Menteri China Li Qiang bagi menghadiri Ekspo China-ASEAN ke-20 (CAEXPO) 2023 di sini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global