web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2023 12:07PM

Penyanyi tersohor, Taylor Swift. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Hantaran Taylor Swift di Instagram memecahkan rekod pendaftaran pengundi baharu dengan seramai 35,252 mendaftar pada Selasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik Vote.org.

Penyanyi 'Only the Young' itu menyertai Hari Pendaftaran Pengundi Kebangsaan pada Selasa dengan menggesa peminatnya memastikan mereka layak mengundi pada pilihan raya presiden 2024.

"Saya pernah mendengar anda menyuarakan pendapat anda, dan saya tahu betapa hebatnya suara anda.

"Pastikan anda bersedia untuk menggunakannya dalam pilihan raya tahun ini!" tulis Swift yang turut berkongsi pautan ke platform pendaftaran pengundi bukan membuat untung.

Pada hari yang sama, pengarah komunikasi Vote.org, Nick Morrow melaporkan mengenai impak besar hantaran Swift itu.

"Fakta menarik: Selepas @taylorswift13 menulis di Instagram hari ini menggesa pengikutnya mendaftar untuk mengundi di @votedotorg, laman sesawang kami menerima purata 13,000 pengguna setiap 30 minit. 13! Reputasinya sebagai dalang sangat berjaya!" katanya di media sosial.

Tiga belas adalah nombor bertuah Swift.

Sejumlah 157,041 pengguna melawat Vote.org pada Selasa, lapor akhbar itu yang dipetik oleh Billboard.

"Pada Selasa, kami menyaksikan lonjakan 1,226 peratus penyertaan dalam sejam selepas Taylor Swift bersiaran," kata Ketua Pegawai Eksekutif Vote.org, Andrea Hailey dalam satu kenyataan.

Walaupun Swift tidak memberitahu peminatnya siapa yang harus diundi dalam siaran Instagramnya, beliau sebelum ini menyatakan sokongannya kepada Joe Biden dan meluahkan rasa tidak senang terhadap calon penyandang Republikan Donald Trump, yang sekali lagi bersedia untuk mencabar presiden tahun depan. - BERNAMA-dpa

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ulangi Gesaan Minta AS Hentikan Keganasan Israel Di Gaza

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Malaysia Kesal UNSC Gagal Iktiraf Palestin Sebagai Anggota Penuh PBB

4

Luar Negara 5 bulan yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki