web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kementerian Luar Palestin Sambut Baik Draf Resolusi UNESCO Mengenai Gaza

Luar Negara Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2023 12:09PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RAMALLAH - Kementerian Luar Palestin menyambut baik penerimaan draf resolusi yang dikemukakan oleh negara Arab berhubung situasi di Palestin dan Gaza pada sesi ke-42 Persidangan Agung UNESCO.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, kementerian itu menekankan mengenai kepentingan resolusi bertajuk 'Impact and consequences of the current situation in the Gaza Strip/Palestine in all aspects of UNESCO's mandate', lapor Agensi Berita Palestin WAFA.

Resolusi itu menyeru supaya pemberhentian segera serangan terhadap orang awam terutamanya kanak-kanak, wanita, belia dan golongan pendidik.

Menurut kenyataan itu, resolusi berkenaan turut menggesa supaya serangan ke atas sekolah, kolej dan universiti dihentikan serta-merta.

Resolusi itu turut menggesa kecaman terhadap pembunuhan berterusan wartawan dan kemusnahan pusat media, tapak warisan, muzium dan pusat kebudayaan.

Tindakan berkenaan jelas melanggar semua konvensyen dan prinsip kemanusiaan dan antarabangsa UNESCO.

Kementerian juga menyeru negara-negara anggota untuk bertindak segera menghentikan pencerobohan Israel, membenarkan kemasukan bantuan ke Gaza, menghalang pemindahan paksa rakyat Palestin dan memberi perlindungan kepada mereka. - BERNAMA-WAFA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Vandalisme, Serang McDonald’s Malaysia Tidak Seharusnya Berlaku, Ancam Keselamatan Pekerja

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Serangan Israel Di Rafah: Rakyat Palestin Tidak Ulangi Nakba 1948

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 14 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah