web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gaza: Israel Hilang Sokongan Dunia - PM Ireland

Luar Negara Dikemaskini 9 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Dec 2023 12:25PM

Keputusan undian Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai gencatan senjata kemanusiaan di Palestin. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Perdana Menteri Ireland pada Rabu berkata, apa yang berlaku di Gaza juga adalah bencana bagi Israel kerana rejim itu kehilangan sokongan di seluruh dunia.

Leo Varadkar berkata, ia adalah bencana kerana konflik yang dicetuskan rejim itu tidak akan membawa ‘keselamatan’.

“Apa yang dilakukan oleh kerajaan Israel menjejaskan keselamatan jangka panjang dan jangka sederhana...

"Ini tidak akan membawa kepada keamanan dan mereka semakin hilang sokongan...Malah sekutu terdekat mereka Amerika Syarikat, saya percaya mula meragui tentang apa yang mereka lihat sedang berlaku di Gaza ," katanya kepada Parlimen Ireland di Dublin, lapor Agensi Anadolu.

Mengenai undian Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Selasa untuk gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza, beliau berkata, ia penting dan Ireland menyambut baik usaha itu. 

“Hanya 10 negara kini berpihak kepada Israel dan apa yang kita lihat berlaku di Gaza adalah bencana mutlak bagi rakyat Palestin dan mereka mengalami penderitaan yang begitu dahsyat,” kata Varadkar.

Resolusi tidak mengikat itu, dibentangkan oleh Mesir dengan sokongan hampir 100 negara, termasuk Turkiye dan diluluskan pada sesi khas tergempar mengenai Palestin dengan 153 undi menyokong daripada 193 negara anggota.

Leo Varadkar berkata, konflik di Gaza adalah 'bencana strategik' bagi rejim itu dan telah membuat 'kesilapan besar'.

Sambil menyuarakan kebimbangan mengenai situasi semasa di wilayah yang terkepung itu, beliau  berkata, Ireland menyifatkan keadaan itu 'tidak boleh diterima'.

Beliau menggesa supaya pengeboman tanpa henti dan pembunuhan orang awam yang tidak bersalah dihentikan dan menegaskan bahawa kerajaan Ireland akan membawa kes itu ke Brussels dan platform lain untuk memastikan gencatan senjata segera dan berkekalan.

Israel telah mengebom Semenanjung Gaza selama lebih dua bulan, membunuh lebih 18,500 rakyat Palestin dan mengakibatkan kemusnahan teruk di wilayah itu. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kontena Israel Diarah Patah Balik Ke Thailand - Kastam Perlis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 3 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad