web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Israel 'Tidak Melakukan Secukupnya Untuk Melindungi Pekerja Bantuan' Di Gaza - Biden

Luar Negara Dikemaskini 5 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Apr 2024 4:10PM

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata, pada Selasa bahawa beliau 'marah' dan 'kecewa' berhubung serangan udara Israel di Gaza yang mengorbankan tujuh pekerja bantuan World Central Kitchen (WCK), menekankan bahawa Israel 'tidak melakukan secukupnya untuk melindungi pekerja bantuan'.

"Mereka menyediakan makanan kepada orang awam yang kelaparan di tengah-tengah peperangan. Mereka berani dan tidak mementingkan diri sendiri. Kematian mereka adalah tragedi," kata Biden dalam satu kenyataan, lapor Agensi Anadolu.

Menyedari bahawa Israel telah berjanji untuk menjalankan siasatan menyeluruh ke atas pembunuhan itu, beliau berkata: "siasatan itu mesti pantas, ia mesti membawa akauntabiliti dan penemuannya mesti didedahkan kepada umum".

Biden berkata, perang di Gaza adalah 'terburuk dalam ingatan baru-baru ini dari segi jumlah pekerja bantuan yang telah terbunuh'.

"Ini adalah sebab utama mengapa pengagihan bantuan kemanusiaan di Gaza begitu sukar - kerana Israel tidak melakukan secukupnya untuk melindungi pekerja bantuan yang cuba menyampaikan bantuan yang sangat diperlukan oleh orang awam," katanya sambil menambah bahawa kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku.

"Israel juga tidak melakukan secukupnya untuk melindungi orang awam. Amerika Syarikat telah berulang kali menggesa Israel untuk menghentikan operasi ketenteraan mereka terhadap Hamas dengan operasi kemanusiaan untuk mengelakkan korban awam," katanya.

Biden berkata, AS akan terus melakukan segala yang termampu untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada orang awam Palestin di Gaza dan akan terus menekan Israel untuk melakukan lebih banyak lagi bagi memudahkan bantuan itu.

"Dan kami berusaha keras untuk gencatan senjata segera sebagai sebahagian daripada perjanjian tebusan," katanya.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seramai 196 pekerja bantuan termasuk lebih 175 kakitangan PBB terbunuh sejak bermulanya perang di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu.

WCK sebelum ini mengesahkan bahawa tujuh pekerja bantuan kemanusiaannya terbunuh dalam serangan Israel yang 'tidak boleh dimaafkan' pada Isnin.

Walaupun menyelaraskan pergerakannya dengan tentera Israel, badan amal itu berkata, konvoi itu telah diserang ketika ia meninggalkan sebuah gudang di selatan bandar Deir al-Balah selepas pasukan itu memunggah lebih 100 tan bantuan makanan kemanusiaan yang dibawa ke Gaza melalui laluan maritim.

Gambar dari tempat kejadian menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah kenderaan dengan tanda jelas melabelkannya sebagai sebahagian daripada WCK.

Sekurang-kurangnya 32,916 rakyat Palestin terbunuh di Gaza dan lebih 75,000 cedera di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.

Israel juga telah mengenakan sekatan yang melumpuhkan Semenanjung Gaza, menyebabkan penduduk, terutamanya penduduk utara Gaza, berada di ambang kebuluran. 

Ini telah meningkatkan keperluan untuk bantuan antarabangsa di kawasan pantai di tengah-tengah sekatan ketat Israel ke atas kemasukannya. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Maal Hijrah: Lebih 60,000 Umat Islam Dijangka Sertai Malam Ehsan Untuk Insan Esok

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia, Pakistan Sepakat Terus Zahir Solidariti Kepada Penduduk Gaza

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki