web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Hujan Rahmat Di Mina

Luar Negara Dikemaskini 3 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Jun 2024 8:48AM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Hujan renyai di Mina petang semalam jelas menggembirakan bukan sahaja penduduk tempatan tetapi juga jemaah haji dari seluruh dunia yang sedang melakukan ibadah jamrah.

Hujan renyai disertai guruh kira-kira setengah jam itu mendorong penduduk tempatan dan juga wartawan dari agensi berita antarabangsa keluar di jalan raya untuk menikmati momen berkenaan.

Bagi penduduk tempatan, fenomena ini jarang berlaku memandangkan pada masa ini ialah musim panas manakala wartawan pula tidak mahu ketinggalan merakam detik yang jarang berlaku itu.

"Sekarang musim panas, sepatutnya tiada hujan. Saya agak terkejut hujan pada hari ini," kata Abdulrahim Althobaiti yang juga pegawai perhubungan bagi wartawan Malaysia dan antarabangsa lain yang membuat liputan musim haji tahun ini.

Menurut Abdulrahim tiada hujan pada musim haji tahun lepas.

Abdulrahim berkata menjadi kelaziman untuk penduduk tempatan di seluruh Arab Saudi keluar dari rumah mereka tanpa berpayung untuk menikmati suasana hujan.

Sementara itu, wartawan Meja Arab Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Noor Azuki Fahme Ismail berkata detik ini sangat dinantikan memandangkan cuaca panas yang sedang melanda sekarang dengan suhu mencecah 43 darjah Celsius.

"Ketika hujan...saya sedang di lobi hotel dan menyaksikan ramai penghuni hotel mula keluar ke jalan raya sambil berdoa tanda bersyukur.

Tinjauan di kawasan jamrah di Mina juga mendapati jemaah berpusu-pusu keluar melontar memandangkan cuaca yang kurang panas berbanding pada hari-hari biasa.

Seramai 21 wartawan dan jurufoto dari 10 agensi berita antrabangsa berada di sini bagi membuat liputan musim haji kali ini atas undangan Agensi Berita Arab Saudi (SPA). - BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Kena Masuk Kelas Memandu Ni!

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Alhamdulillah, Hujan Rahmat Membasahi Bumi Makkah

3

Selebriti 3 bulan yang lalu

Selebriti Popular Tanah Air Yang Dijemput Menjadi Tetamu Allah Tahun Ini

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki