web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pesawat United Airlines Mendarat Cemas Selepas Roda Tercabut Semasa Berlepas

Luar Negara Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2024 8:19AM

Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LOS ANGELES – United Airlines berkata ia sedang menyiasat bagaimana roda pesawat Boeing 757-200 tercabut semasa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada Isnin sebelum mendarat dengan selamat di Denver, lapor United Press International (UPI).

Penerbangan United 1001 yang membawa 174 penumpang dan tujuh anak kapal, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver tanpa sebarang insiden selepas melakukan pendaratan kecemasan.

Kru telah menemukan roda yang tercabut dari bahagian belakang pesawat di Los Angeles.

Juruterbang lain menghubungi kawalan trafik udara untuk memaklumkan bahawa roda pesawat itu bergolek di landasan selepas pesawat United berlepas.

Ini merupakan kali kedua dalam tahun ini penerbangan United Airlines berhadapan dengan masalah tayar tercabut.

Pada Mac, tayar pesawat Boeing 777 United tercabut semasa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco ke Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles.

Walaupun pesawat itu mendarat dengan selamat di Los Angeles, tayar yang tercabut itu merosakkan banyak kenderaan di tempat letak kereta di San Francisco. – BERNAMA-UPI

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Alami Kerosakan Enjin, Pesawat MAS Buat Pendaratan Kecemasan

2

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Alamak, Tersilap Langkah! Kru Darat Syarikat Penerbangan Jatuh Dari Pesawat

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Laporan Awal Siasatan Pesawat Terhempas Di Kapar Diketahui Bulan Depan - Kementerian Pengangkutan

4

Semasa 7 bulan yang lalu

2 Mangsa Disahkan Maut Dalam Insiden Pesawat Terhempas Di Kapar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 7 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka