web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wisma Putra Pantau Rapat Insiden Tembakan Masjid Di Oman

Luar Negara Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2024 1:23PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang memantau rapat perkembangan insiden tembakan yang berlaku di sekitar sebuah masjid di wilayah Wadi Al Kabir, Oman, awal hari ini.

Jurucakap kementerian berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada serta berhati-hati dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman,” katanya.

Terdahulu media antarabangsa melaporkan, sekurangnya-kurangnya empat terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah masjid di Oman,

Memetik kenyataan pihak polis, beberapa individu turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.

Kedutaan Besar Malaysia di Oman boleh dihubungi di Villa No.2443, Way 3030 Shatti Al Qurum, P.O. Box 51, Bareeq Alshati Muscat.

Orang ramai juga boleh menghubungi kedutaan di talian +(968) 2469 8329, +(968) 7159 2388 atau emel mwmuscat@kln.gov.my. - Getaran, 16 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Rusuhan Di Bangladesh: Pelajar Malaysia Dipindahkan Ke Suruhanjaya Tinggi

2

Sukan 6 bulan yang lalu

Kekalahan Kepada Oman Bukan Pengakhiran - Pan Gon

3

Sukan 6 bulan yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

4

Sukan 6 bulan yang lalu

Oman Beri Harimau Malaya Kekalahan Pertama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global