web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keluarga Harap Urusan Evakuasi Pelajar Malaysia Di Bangladesh Disegerakan

Luar Negara Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2024 8:33AM

- Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli keluarga pelajar Malaysia yang terjejas dengan situasi terkini di Bangladesh berharap agar usaha membawa pulang kesemua pelajar terlibat dapat disegerakan melihat kepada situasi yang meruncing di negara itu.

Ketika dihubungi Bernama menerusi aplikasi Whatsapp pada Ahad, Ahmad Wafiq Aqil Kamarul, 23, pelajar Ijazah Sarjana Perubatan dan Pembedahan di Mymensingh Medical College berkata keadaan di Bangladesh cukup membimbangkan dan keselamatan pelajar juga dikhuatiri terkesan jika tiada tindakan evakuasi segera diambil.

"Dengan situasi hari ini di mana gangguan Internet dan perbankan juga sudah mula alami gangguan seluruh negara, ahli keluarga pelajar yang bermesyuarat dan yang saya temui di tanah air hari ini juga sependapat sekiranya usaha bawa pulang kesemua para pelajar perlu disegerakan.

"Rusuhan berpotensi berlaku di mana-mana sahaja dan tanpa sekatan. Saya tidak pasti kalau konflik yang terjadi boleh di atasi dalam tempoh terdekat," kata Ahmad Wafiq Aqil yang tiba di Malaysia menerusi penerbangan komersial pada Khamis (18 Julai) lalu.

Menceritakan detik-detik awal rusuhan yang tercetus baru-baru ini, Ahmad Wafiq Aqil menambah keadaan menjadi rumit terutama setelah perkhidmatan Internet, rangkaian data mudah alih dan perkhidmatan pengangkutan awam terganggu.

"Saya sampai sahaja di lapangan terbang, semua rangkaian komunikasi sudah pun mulai terputus pada ketika itu. Dengan perintah berkurung yang sudah mulai berkuatkuasa semalam dan penutupan semua institusi pendidikan di sana, wajar untuk semua pelajar kita dibawa pulang segera," tambahnya.

Terbaharu, Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) menegaskan bahawa keselamatan rakyat Malaysia di luar negara tetap menjadi kepentingan utama berikutan situasi semasa di Bangladesh.

Dalam kenyataan terkini Wisma Putra pada Ahad, kementerian mengesahkan pelajar Malaysia yang terjejas oleh situasi semasa di Bangladesh telah dipindahkan ke bangunan Suruhanjaya Tinggi untuk keselamatan mereka.

Wisma Putra dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka sedang mempertimbangkan semua pilihan yang ada, termasuk pemindahan jika perlu, menerusi kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan agensi berkaitan lain untuk membantu pelajar Malaysia di Bangladesh, menurut kenyataan itu lagi.

Sehingga lewat Jumaat (19 Julai), daripada 95 pelajar Malaysia di Bangladesh, dua orang telah meninggalkan Dhaka baru-baru ini dengan bantuan daripada Suruhanjaya Tinggi.

Kerajaan Bangladesh mengenakan perintah berkurung di seluruh negara pada Sabtu sebagai tindak balas terhadap peningkatan keganasan dan demonstrasi. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Rusuhan Di Bangladesh: Pelajar Malaysia Dipindahkan Ke Suruhanjaya Tinggi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad