web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


6 Perkara Menarik Dalam Pencalonan Grammy Awards 2022

Para peminat seluruh dunia sudah mula memberikan reaksi selepas pencalonan anugerah berprestij itu diumumkan pagi tadi waktu Malaysia.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2021 5:56PM

(Dari kiri) Olivia Rodrigo dan Selena Gomez

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Senarai pencalonan anugerah paling berprestij, Grammy Awards 2022 baru sahaja diumumkan penganjur kira-kira jam 1 pagi tadi waktu Malaysia. 

Laman sosial sudah mula dipenuhi dengan reaksi penggiat industri hiburan dan peminat di seluruh dunia mengenai kelainan yang ditampilkan dalam anugerah terulung itu kali ini. 

Dalam artikel ini, kami senaraikan antara beberapa perkara penting dan istimewa dalam pencalonan Anugerah Oscar kali ini. 

Olivia Rodrigo menonjol

Walaupun tidak menjadi artis dengan pencalonan terbanyak, selebriti berumur 18 tahun ini menjadi satu-satunya selebriti yang berjaya menembusi pencalonan empat kategori gergasi anugerah ini iaitu Album of The Year, Song of the Year, Record of the Year dan Best New Artist.

Kesemua pencalonan itu datangnya daripada album debutnya iaitu Sour. Terdahulu, Billie Eilish menjadi selebriti yang pernah tercalonan dalam kategori utama ini.

Pencalonan pertama ABBA, Selena Gomez

Kumpulan legenda ABBA mencipta sejarah apabila berjaya menempatkan diri dalam pencalonan anugerah ini buat julung kalinya. Pencalonan itu terhasil daripada album Voyager. ABBA tercalon dalam kategori Record of The Year menerusi lagu 'I Still Have Faith in You'. Selain itu, Selena Gomez juga berkongsi perasaan gembira apabila albumnya yang berbahasa Sepanyo, Revelación dicalonkan bagi kategori Best Latin Pop Album.

Pencalonan terbanyak, lapan kategori

Jika kita perhatikan pencalonan kali ini, ada artis yang berjaya mendominasi pencalonan dengan lapan kategori. Mereka ialah Justin Bieber, Doja Cat dan H.E.R.

Semetara itu, Olivia Rogrido dan Billie Eilish dicalonkan dalam tujuh kategori. 

Taylor Swift, Ed Sheeran hanya satu pencalonan

Selebriti ternama Taylor Swift dan Ed Sheeran masing-masing hanya mendapat satu pencalonan kali ini. Taylor tercalon untuk Album of the Year bagi album Evermore. Manakala Ed Sheeran berpuas hati mendapat satu pencalonan untuk Song of The Year bagi lagu 'Bad Habits'.

BTS masuk kategori Best Pop Duo

Selepas menang di American Music Awards baru-baru ini, kumpulan terkenal Korea Selatan BTS tercalon untuk kategori Best Pop Duo/Group Performance dalam Grammys.

Pencinta setia kumpulan ini walau bagaimanapun mengharapkan BTS terpilih untuk empat anugerah utama. 

The Weeknd kembali tercalon

Walaupun tahun lalu The Weeknd mengumumkan untuk memboikot anugerah itu, kali ini mereka tercalon untuk tiga kategori. Ini kerana mereka menghasilkan lagu untuk West dan Doja Cat.

Pemenang Anugerah Grammy ditentukan menerusi undian 12,000 pemuzik dari pelbagai genre dan lapangan kreatif. Malam kemuncak Anugerah Grammy 2022 bakal diadakan pada 31 Januari  2022 waktu Los Angeles. - Getaran, 24 November 2021

Gambar: Instagram artis

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

2

Politik 6 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

3

Sukan 7 bulan yang lalu

Jamin Kualiti Padang SNBJ, PSM Guna Tenaga Pakar Untuk Konsert Ed Sheeran

4

Semasa 9 bulan yang lalu

BERNAMA TV Terima Anugerah The Knights Award 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara