web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kolaborasi Tidak Diduga Dayang Nurfaizah Dan Amir Masdi Dalam 'Debu'

Meski punya nama besar dalam industri, Dayang tidak pernah meletakkan sebarang syarat untuk menjadi pasangan duetnya.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 2:51PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kolaborasi antara dua penyanyi ini nyata tidak diduga sama sekali. Namun paduan suara Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi dalam lagu baharu berjudul ‘Debu’ berjaya mencuri hati pendengar.

‘Debu’ pada asalnya adalah lagu solo yang diberikan kepada Dayang. Namun, Amir sempat merakamkan lagu ini secara suka-suka sewaktu hadir ke studio Faithful Music. Apabila Dayang mendengar demo versi Amir, dia tertarik untuk berkolaborasi.

Lagu bergenre ‘balada moden’ itu adalah karya ciptaan sepenuhnya Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam dan Acap Salim.

Menurut Dayang, duet bersama Amir berlaku secara kebetulan selain sudah lama mengagumi bakat anak muda itu ketika dia muncul di pentas ‘Big Stage’ musim ketiga, tahun lalu.

“Sejujurnya, saya memang belum ada perancangan nak ada lagu duet lagi. Boleh dikatakan ini semua berlaku secara kebetulan.  Pada awalnya lagu itu diberi pada saya untuk lagu solo dan saya mendengar demo. Ketika itu, saya tanya siapa nyanyi demo. Saya cakap sedap pula, macam dah cantik untuk lagu itu.

“Mereka kemudian mencadangkan lagu ini dinyanyikan secara duet. Saya cakap apa salahnya cuba. Lagi pun sebelum mendengar demo, saya memang suka suara Amir ketika tengok dia buat persembahan di Big Stage,” katanya.

Dayang berkata, tidak ada dalam kamus kerjayanya ciri-ciri tertentu dalam memilih pasangan duet. Malah, jauh sekali dia memandang populariti sebagai syarat jika mahu jadi rakan duetnya. 

“Saya selalu cakap, saya tak memilih nak berduet dengan siapa. Apa yang penting adalah kesesuaian lagu, sebab dua suara kena saling memberi. Sekarang, saya berminat berkolaborasi dengan penyanyi lain. Soal populariti penyanyi itu bukan keutamaan. Bagi saya adalah suara, bakat dan lagu. Itu nombor satu. 

“Macam Amir, dia pun secara perlahan-lahan membina kerjaya nyanyiannya. Dia muda dan jauh lagi perjalanan dalam bidang ini. Sebab kalau kita fikir siapa Amir, kira fikir bakat dan suara yang dimilikinya. Itu yang akan bawa dia jauh. Tak perlu nak cepat popular pun. 

“Dia juga mengingatkan saya pada diri sendiri ketika mula-mula masuk dalam bidang nyanyian. Saya keluar semata-mata kerana bakat. Jadi, kalau betul cara dia, insyaAllah boleh kekal lama dan pergi lebih jauh. Paling penting, fokus apa yang kita ada,” katanya.

Sementara itu, Amir menyifatkan duet bersama Dayang dalam lagu ‘Debu’ sebagai mimpi menjadi kenyataan.

“Memang mimpi jadi kenyataan. Boleh kata, setiap kali ditanya siapkah artis wanita yang saya mahu berduet, saya akan sebut nama Dayang Nurfaizah. Berduet dengan Dayang adalah impian saya. Bila dapat tahu berduet dengan Dayang dan nampak dia dalam studio, saya rasa teruja. 

“Dayang seorang yang sangat merendah diri. Apabila saya jumpa, dia kata yang dia segan dengan saya. Jadi daripada situ, saya berasakan dia seorang yang sangat merendah diri untuk seorang yang sudah ada status serta nama yang besar dalam industri.

"Perkara itu membuatkan saya berasa terharu dan sangat dihargai. Dia tak kira saya ini orang baharu atau tidak, dia tetap layan saya sama macam semua orang,” katanya.

Berbicara mengenai lagu Debu, muzik yang ditampilkan agak unik berbanding lagu-lagu balada lain yang pernah anda dengar sebelum ini. Bagaikan ada elemen kejutan tatkala mendengar transisi bahagian Dayang ke bahagian Amir. 

Ditanya tentang keunikan ini, kata Acap Salim mungkin akan ada pendengar yang beranggapan ada bahagian ‘rap’ tetapi sebenarnya tidak. Memang lagu ini dicipta seperti itu untuk tampilkan kelainan. 

Bagi Mike Chan pula, dia mengakui agak segan kerana terpaksa meminta Dayang datang ke studio sebanyak tiga kali untuk merakam vokal bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. 

Lagu ‘Debu’ yang diterbitkan secara usahasama oleh Nova Music dan Faithful Music serta diedarkan Universal Music Malaysia boleh mula di strim di semua pelantar muzik digital mulai 22 Februari. Video muzik rasmi lagu tersebut juga kini boleh ditonton di saluran YouTube Faithful Music. - Getaran, 2 Mac 2022

Gambar: Nova Music

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

‘Umpan Jinak Di Air Tenang’ – Lagu Melayu Klasik Yang Dirakam Dayang Nurfaizah Ini Paling Banyak Digunakan Sewaktu Syawal

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Di Sekolah Kalau Masuk Pertandingan, Saya Selalu Nyanyikan Lagu 'Keluarga Bahagia' - Siti Nordiana

3

TARA 1 tahun yang lalu

Bingkisan Hati Dayang Nurfaizah Dalam Belagu II

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Dayang Nurfaizah Angkat Lagu Melayu Klasik Di Peringkat Antarabangsa Dalam 'Belagu II'

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara