web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


‘Di Penjara Janji’ Versi Amir Masdi Trending Di YouTube

Bekas Juara Akademi Fantasia 2016 ini juga bakal muncul dengan ‘single’ baharunya tidak lama lagi.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2022 9:06PM

Gambar oleh Syeda Imran

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahun ini nampaknya tahun yang cukup bersinar buat Amir Masdi kerana sudah ramai peminat dunia seni hiburan yang mula memberikan perhatian terhadap bakat dan kemampuan vokalnya. 

Bermula dengan penglibatannya di dalam program ‘Immortal Songs’ sehinggalah ‘The Masked Singer Musim Kedua’, Amir sudah mula kelihatan sibuk menghadiri anugerah-anugerah hiburan yang penting. 

Bahkan, beberapa artis senior juga sudah mula berkolaborasi dengan Amir termasuklah Dayang Nurfaizah dan Ziana Zain. 

Dayang menerusi duet lagu ‘Debu’ dan Ziana menerusi lagu ‘Senja Nan Merah’ yang dipersembahkan secara live.

Amir sendiri turut menyedari bahawa dia mula sibuk dengan pelbagai program dan acara seni pada tahun ini. 

“Saya gembira dengan perjalanan kerjaya saya setakat ini dan harus saya akui bahawa ‘The Masked Singer’ sebenarnya banyak memberikan impak buat diri saya,” katanya. 

Amir juga sekarang ini sedang trending di tangga kelapan apabila memuat naik cover lagu ‘Di Penjara Janji’  nyanyian asal Datuk Awie di saluran YouTube miliknya. 

Lagu itu meraih tontonan sebanyak 382,968 sejak ia dimuat naik pada 3 Jun lalu dan menerima 14 ribu Likes. 

“Itukan lagu kegemaran rakyat Malaysia,” kata Amir kepada Getaran. 

Rata-rata memuji Amir kerana mampu membawakan lagu pop rock yang bernotasi tinggi itu dengan baik. 

Amir memang rajin memuat naik berbagai jenis lagu cover di saluran YouTube miliknya. Bekas Juara Akademi Fantasia 2016 ini juga bakal muncul dengan single baharunya tidak lama lagi. - Getaran, 14 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 8 bulan yang lalu

Pendatang Bukan Untuk Komersial, Punca Hanya Tayang Di YouTube

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Gara-Gara ‘Salah Petik’, Wanita Pertikai Rukun Negara Terima Kecaman 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerap Suruh Pelanggan ‘Bergelek’ Punca ‘Zaitoun’ Disita? 

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Selepas 8 Tahun Tidak Bertemu, Datuk Awie Bersyukur Akhirnya Bakal Beraya Bersama Dua Anaknya Pada Aidiladha Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

oleh Rahayu MN