web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Giliran Ruth Sahanaya Beraksi Di DFP Fabulous Friday 

Kehadiran penyanyi kelahiran Bandung ini pastinya ditunggu-tunggu terutama agi lagu Kaulah Segalanya yang sudah berusia 30 tahun.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2022 2:05PM

Ruth Sahanaya - Gambar Shiraz Projects

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi terkemuka Indonesia, Ruth Sahanaya bakal kembali ke Malaysia untuk beraksi dalam rangkaian konsert Fabulous Friday anjuran Shiraz Projects. 

Penyanyi genit yang disapa sebagai Uthe ini bakal beraksi dalam rangkaian Fabulous Friday di Dewan Filharmonik Malaysia pada 11 November 2022, jam 8.30 malam. 

Bakal membawakan lagu-lagunya yang cukup ikonik dan terpahat lama di hati dan perasaan khalayak peminat tegarnya, kehadiran penyanyi kelahiran Bandung ini pastinya ditunggu-tunggu terutama lagu Kaulah Segalanya yang sudah berusia 30 tahun. 

Ketua Pegawai Eskekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim berkata, pihaknya sudah membawakan beberapa kumpulan dalam rangkaian Fabulous Friday yang terdahulu dan sambutan yang diberikan sangat menggalakkan.

“Sudah tiba masanya kami membawakan seorang penyanyi legenda dari seberang untuk khalayak di Kuala Lumpur dan kami sangat berbesar hati mempersembahkan Ruth Sahanaya buat peminat di Malaysia,” katanya. 

Ruth Sahanaya - Gambar dari Portal Purwokerto.com
Ruth Sahanaya - Gambar dari Portal Purwokerto.com

Dalam rangkaian Fabulous Friday terdahulu, beberapa kumpulan telah muncul di Dewan Filharmonik Petronas dan sambutan yang diberikan kepada mereka sangat menggalakkan dan di luar jangkaan. 

Antaranya ialah Wings, Kunto Aji, Akasha dan Maliq & D’Essentials. Ruth pasti tampil bergaya dalam busana yang sentiasa mempesonakan dan akan menambahkan lagi  kehangatan Dewan Filharmonik Petronas. 

Penyanyi yang pernah memenangi anugerah The Best Selling Album di Anugerah Industri Musik Indonesia dan The Best Selling Indonesian Album di Anugerah Industri Muzik Malaysia 1999 ini sudah 35 tahun berada dalam industri muzik.

Saksikan kemantapan Ruth Sahanaya beraksi di Fabulous Friday: Ruth Sahanaya, November ini! Tiket-tiket berharga RM700 (Meet and Greet), RM400 (Diamond) dan RM300 (Platinum) boleh diperolehi mulai 8 September 2022 di www.dfp.com. – Getaran, 5 September 2022 

Berita Berkaitan

1

Muzik 7 bulan yang lalu

Impian Slam Tampil Di Pentas DFP Bakal Jadi Kenyataan Jun Ini

2

Budaya 2 tahun yang lalu

Buat Julung Kali, DFP Tampilkan Konsert Kebudayaan Bersama UTP

3

TARA 2 tahun yang lalu

‘Another Level!’ Kunto Aji Luar Biasa, Curi Hati Peminat Konsert Pertama Di Malaysia!

4

TARA 2 tahun yang lalu

Aishah Layak Digelar Ratu Pop, Bawa Konsert Tahap Antarabangsa Bersama MPO

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

oleh Rahayu MN