web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Konsert Sulung Hael Husaini Live In KL, Diubah Tarikh Ke Tahun Hadapan

Hael memberitahu, mengadakan konsert sulung adalah impiannya dan banyak yang ingin ditonjolkan dalam persembahannya itu nanti.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2022 6:36PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tanpa sebarang alasan, konsert Hael Husaini Live In KL yang sepatutnya berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 4 Disember ini telah ditunda ke tarikh baharu.

Menurut siaran media daripada pihak penganjurnya iaitu Rockectfuel Entertainment, konsert sulung penggubah muzik dan penyanyi ini telah ditunda ke tarikh 19 Februari, bertempat di lokasi yang sama.

Ketua Rocketfuel Entertainment, Feros Sayna berkata, pihak pengurusannya memohon maaf di atas penukaran tarikh konsert tersebut.

“Kepada setiap pembeli tiket konsert yang telah pun membuat pembelian, jangan risau kerana tiket tersebut kekal sah pada tarikh yang telah dijadualkan semula.

“Sebagai tambahan, Rocketfuel menjanjikan sebuah konsert yang bertenaga, berkonsepkan ‘boogie shoes’ dimana penonton digalakkan ‘sing-along’ serta ‘dance-along’ sepanjang konsert.

“Pihaknya juga sangat menitikberatkan perasaan peminat Hael supaya tidak berasa kecewa kerana mahu berikan yang terbaik untuk malam konsert yang amat dinanti-nantikan tersebut.

“Terima kasih sekali saya ucapkan buat semua pihak kerana bersabar dengan penundaan ini, dan sekali lagi kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul,” katanya.

Namun, pihak pengurusan tidak menyatakan sebab-sebab mengapa konsert Hael Husaini ini ditunda ke tahun hadapan.

Dalam pada itu, Hael pula berkata, selama 15 tahun saya berkecimpung dalam industri muzik tanah air, mengadakan konsert sulungnya itu merupakan impiannya sejak dari dulu.

“Banyak yang ingin saya tonjolkan pada malam konsert tersebut yang berkonsepkan festival, saya menganggap konsert ini sebagai pementasan perjalanan karier seni saya secara muzikal.

“Bagaimana saya bermula, apakah perbezaan muzik dan karya saya dari dulu sehingga kini bukan sahaja sebagai penyanyi malah sebagai pencipta lagu, semuanya akan saya sampaikan melalui persembahan pada malam konsert nanti,” katanya.

Sebarang pertanyaan berkaitan konsert boleh diajukan kepada Joe Saiful di talian 012-204 8142. - Getaran, 22 November 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 bulan yang lalu

Kalau Menang CIMB Rising Start, Dapat Bimbingan Nyanyian Daripada Hael Husaini

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Atas Faktor Kesihatan, Konsert Yang Sebelum Ini Ditunda Ke 19 Februari Terpaksa Dibatalkan 

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Walau Konsert Terpaksa Ditangguhkan, Hael Husaini Hadiahkan Peminat Dengan ‘Sayang Do You Love Me?’

4

Kolum 1 tahun yang lalu

Sebuah ‘Collage’ Mengenai Penulisan Lirik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

oleh Rahayu MN