web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Konsert Ilham 2022 Capai Kejayaan Membanggakan - Ras Adiba

“Orang selalu fikir kalau persembahan OKU ni biasa sahaja tetapi mereka memang hebat. Jadi fokus kami adalah membawa mereka ke seluruh negeri dan menunjukan bakat mereka,” kata Ras Adiba

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2022 3:17PM

Ras Adiba membuat persembahan sempena Konsert ILHAM 2022 yang mengetengahkan penghibur pentas berbakat dalam kalangan OKU malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Presiden Persatuan OKU Sentral (OKU Sentral) Datuk Ras Adiba Radzi menyifatkan konsert ILHAM 2022 yang diadakan sempena sambutan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), di sini malam tadi merupakan satu pencapaian yang membanggakan.

Beliau berkata persembahan berbakat dalam kalangan komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU) itu boleh membawa kepada penganjuran jelajah peringkat nasional tahun depan.

“Orang selalu fikir kalau persembahan OKU ni biasa sahaja tetapi mereka memang hebat. Jadi fokus kami adalah membawa mereka ke seluruh negeri dan menunjukan bakat mereka,” katanya kepada Bernama.

Ras Adiba yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berkata beliau bersyukur kerana rakan-rakan OKU bersemangat tinggi dalam mempamerkan bakat kerana ada dalam kalangan mereka yang berlatih secara dalam talian untuk konsert berkenaan.

Konsert berkenaan diserikan dengan persembahan Ras Adiba, Khai & Dinie, Umar Hasfizal, Shahril of Muniros dan Eyelitz Dancers bersama penari-penari Anak Seni OKU Sentral, OS Wheelies, Permata Gemalai Sari, M.Neranjan daripada PPKI SMK Desa Perdana KL, Low Mee Li & Orange of OS/Beautiful Gate dan Tadika Istika Jaya.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, penyanyi dan komposer Datuk M. Nasir serta pengarah filem Datuk Afdlin Shauki.

Hari OKU Antarabangsa disambut pada 3 Disember setiap tahun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

2

Muzik 1 bulan yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

3

Muzik 2 bulan yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

4

Muzik 2 bulan yang lalu

Afgan Bakal Kenalkan Pasangan Dalam Konsert

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara