web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Naratif Sebenar 16 Baris, Lebih Besar Daripada Hip Hop Itu Sendiri - Joe Flizzow 

Menampilkan ramai bakat serantau dan antarabangsa, generasi baru penyanyi rap yang membuktikan kebolehan mereka dengan menyampaikan lirik hip hop dalam aneka bahasa serta dialek.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 7:00PM

Rancangan 16 Baris yang dicetuskan tokoh Hip Hop tanah air, Joe Flizzow kembali lagi. - Gambar oleh Saufi Nadzri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas kejayaan musim pertama dan musim kedua yang meraih perhatian dunia, rancangan 16 Baris yang dicetuskan tokoh Hip Hop tanah air, Joe Flizzow kembali lagi. 

Musim yang ketiga ini, masih mengekalkan format yang sama seperti sebelumnya, ia menampilkan sutradara hip hop tersohor, Shahrin Bahar yang pernah menghasilkan video muzik hebat seperti Ciao, Veto dan terbaharu lagu tular, Swipe.

Gambar oleh Saufi Nadzri
Gambar oleh Saufi Nadzri

Bezanya kata Joe Flizzow, ia lebih hebat dan padat kerana menampilkan lebih banyak rentak dan muzik hip hop hasil sumbangan para penerbit yang turut serta bersaing.

“Dengan begitu banyak bakat baharu, setiap peserta mempunyai potensi untuk menjadi bintang hip hop seterusnya.

“Melalui rancangan ini, anda dapat mengikuti perkembangan bakat-bakat serantau dari negara-negara jiran seperti Thailand, Filipina, Singapura, dan Indonesia. Kami sangat gembira dengan penyertaan yang merentasi rantau,” kata Joe tentang rancangan tersebut.
Menampilkan ramai bakat serantau dan antarabangsa, generasi baru penyanyi rap ini membuktikan kebolehan mereka dengan menyampaikan lirik hip hop dalam aneka bahasa serta dialek.

“Itulah naratif sebenar 16 Baris, ia lebih besar daripada hip hop sendiri. Ia sebenarnya bertujuan menyatukan dan menghidupkan lagi komuniti ini, serta pada waktu yang sama memperkenalkan bakat-bakat baharu yang ada,” jelas Joe.

Gambar oleh Saufi Nadzri
Gambar oleh Saufi Nadzri

Joe turut menegaskan bahawa rancangan ini memberi peluang kepada semua tanpa mengira jantina, bangsa dan warna kulit kerana setiap orang berhak dihormati secara saksama.

“Sebagai contoh, sejarah muzik telah membuktikan bahawa wanita merupakan antara penyanyi rap paling hebat dalam industri seperti ikon-ikon agung bak Lauryn Hill, Missy Elliot, dan ramai lagi,” katanya.

Joe juga berharap 16 Baris akan terus memberi inspirasi kepada semua yang menyimpan harapan untuk terus berusaha dan memperhebat bakat mereka.

Gambar oleh Saufi Nadzri
Gambar oleh Saufi Nadzri

“Kami menerima banyak penyertaan daripada ramai orang. Maaf kami tidak dapat menyelitkan semuanya, tapi saya harap anda terus berusaha kerana musim keempat bakal muncul tak lama lagi. Kami gembira dapat kembali setelah berehat seketika gara-gara pandemik dan sebagainya,” ujarnya.

Musim ketiga 16 Baris kini sudah boleh ditonton di saluran 16 Baris di  platform, YouTube . – Getaran, 4 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 8 bulan yang lalu

Hip Hop Jadi Pilihan Ketua Pemuda Umno Untuk Dekati Anak Muda

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Pertama Kali Jayakan Konsert Sulung, Joe Flizzow Janjikan Sebuah Persembahan Yang Penuh Kejutan Dan Havoc! 

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Beza Dua Markah Dengan Naib Juara, Kemantapan Vokal Aina Abdul Faktor Kemenangan Tempat Pertama AJL37

4

Muzik 2 tahun yang lalu

16 Baris Kembali Dengan Lebih Banyak Kejutan, Joe Flizzow Bangga Rancangan Itu Satukan Dunia Hip Hop 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara