web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Search Unplugged 2021 Tanpa Amy, Mampukah Akim Galas Tanggungjawab Sebagai Vokalis?

Search Unplugged 40 Years tampilkan Akim Ahmad sebagai penyanyi utama menggantikan Amy Search.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2021 4:43PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Saya rasa saya perlu ada untuk meneruskan legasi Search.” Itulah jawapan Akim Ahmad setelah ditanya media tentang pemilihannya bagi menggalas tanggungjawab sebagai vokalis utama menggantikan Amy Search untuk Search Unplugged 40 Years.

Penyanyi lelaki berusia 30 tahun ini berasa bersyukur dan sangat gembira dapat diberikan peluang untuk menjadi vokalis utama dan diberi kepercayaan untuk menyanyi di konsert kumpulan rock legenda Malaysia ini. 

“Itu memberi saya kekuatan. Saya turut diberikan keyakinan oleh Abang Din (gitaris) untuk menyahut cabaran ini bagi menyertai Search. Ia membuatkan saya lebih yakin,” ujarnya.

Tambah Akim, “Memang ada keraguan. Keraguan dari segi kemampuan saya membawa lagu-lagu Search. Namun, bila sudah diyakinkan Abang Din, malah berjumpa dan bersemuka untuk berbincang, menguatkan lagi semangat saya untuk meneruskan legasi Search ini,” ucap Akim. 

Gitaris Search, Nordin Mohd Taib
Gitaris Search, Nordin Mohd Taib

Mengulas lanjut tentang pemilihan Akim sebagai suara peneraju konsert, gitaris utama, Nordin Mohd Taib atau lebih dikenali sebagai Abang Din berkata, “Kita semua sedia maklum dengan kemampuan vokal Akim. Kami sudah pernah berkolaborasi sebelum ini.

“Kami percaya, persembahan dan vokal Akim juga sudah jauh berbeza, tidak seperti sepuluh tahun yang lalu, misalnya. Tambahan pula, untuk kali ini konsert Search Unplugged 40 Years ini bakal dijalankan dengan lebih santai,” jelasnya. 

Walau bagaimanapun, tarikh dan lokasi rasmi untuk konsert Search Unplugged 40 Years ini masih belum diputuskan berikutan kekangan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang baharu sahaja diumumkan pihak kerajaan.

Menurut Encik Aman selaku Pengarah COF Music merangkap penganjur konsert, “Kita semua sedia maklum negara kita masih lagi bergelut dengan kes-kes COVID-19.

“Kami sedang menunggu maklumat yang lebih tepat, tentang apa jua perkembangan SOP dari pihak kerajaan dan MKN untuk menjalankan konsert.

“Dengan itu, tarikh konsert masih lagi belum dapat ditentukan, tetapi Insya-Allah mengikut perancangan awal kami pada bulan September 2021.

“Untuk harga tiket pula, kami mencadangkan buat masa ini, RM200 sehingga RM700. Lokasi konsert mungkin akan diadakan di Axiata Arena atau Stadium Malawati Shah Alam,” akhirinya. – Getaran, 6 April 2021

Dari Kiri: Galang, Din & Akim
Dari Kiri: Galang, Din & Akim

Semua gambar: Fenomena Search



 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

oleh Rahayu MN