web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Raya Rempit’ Trending Di YouTube, Achey  Dedah Lagu Raya Itu Dicetuskan Buat ‘Mat Motor’ Yang Pulang Beraya Di Kampung

Sebagai peminat motosikal, Achey memberitahu, dia cuba mencetuskan kelainan untuk menghasilkan sebuah lagu raya tentang gelagat ‘Mat Motor’ dan motosikal mereka.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2023 6:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa sangka lagu raya baharu ciptaan pelawak, pelakon, pengacara dan penyanyi, Achey iaitu ‘Raya Rempit’ akan trending di platform YouTube.

Bahkan, sejak ia dilancarkan pada 10 April lagu, lagu yang berentak moden dan Melayu Asli itu masih menduduki kedudukan tangga 11 dalam senarai trending di platform media sosial tersebut.

Mengulas perkara ini, Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, 37, mendedahkan bahawa lagu raya baharunya itu adalah sebuah  karya yang diinspirasikan daripada  gelagat ‘mat motor’.

“Semua orang yang nak raya mesti akan beli baju raya dan hias kereta dengan cantik. Sama juga dengan mereka yang balik ke kampung dengan menaiki motosikal.

“Bila nak balik kampung, mereka mesti akan cantikkan motosikal dan bersihkannya, jadi lagu ini adalah untuk mereka. Itu adalah kebiasaan bila nak beraya,” katanya.

Jelas Achey,  dia tidak mengambil masa lama menghasilkan lagu ‘Raya Rempit’ yang dibuat ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya sebelum Ramadan lalu.

Menurut Achey, lirik lagu Raya Rempit lari daripada kebiasaan lagu raya lain yang bertemakan balik kampung.

“Saya mendapat ilham dalam perjalanan ke kampung sebelum Ramadan lalu, manakala liriknya pula ditulis ketika pulang ke Kuala Lumpur.

“Selepas menulis lirik dan lagu, kemudian saya menghantarnya kepada pengarah muzik untuk proses susunan muzik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Achey berkata, video muzik dapat disiapkan dalam tempoh tiga hingga empat hari hanya menggunakan apa yang ada dalam kedai motosikal sahaja.

“Saya adalah rakan kongsi kepada sebuah perniagaan menjual aksesori motosikal dan saya menggunakan tempat tersebut sebagai lokasi video muzik.

“Lagu Raya Rempit antara lain, bertujuan untuk lari sedikit daripada lagu-lagu yang menceritakan mengenai balik kampung, memasak, bermaaf-maafan dan sebagainya. Sebab itu memang kita tahu akan dilakukan pada hari raya.

“Tetapi, apa yang saya mahu sampaikan adalah perkara lain iaitu tentang gelagat Mat Motor dan motosikal mereka. Saya juga peminat motosikal, jadi apa salahnya saya hasilkan lagu seperti ini,” katanya.

Seperti kebanyakan lagu dihasilkan sebelum ini, Achey berharap, lagu ‘Raya Rempit’ ini akan diterima baik pendengar dan mampu kekal malar segar.

“Saya mengharapkan sambutan baik daripada pendengar terutama pengguna motosikal yang pulang ke kampung raya tahun ini.

“Walaupun ia menjadi kebiasaan bagi mereka (mat motor) setiap kali menyambut hari raya, tetapi masih belum dilagukan sehinggalah terhasilnya  lagu Raya Rempit,” tambahnya.

Lagu Raya Rempit terbitan Seventeen Eleven Music boleh distrim di semua pelantar penstriman muzik, manakala video muzik rasmi lagu boleh ditonton menerusi saluran YouTube Seventeen Eleven. - Getaran, 27 April 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 5 bulan yang lalu

Selepas Berdekad Di Persada Seni, Search Akhirnya Tampil Dengan ‘Sujud Aidilfitri’

2

Selebriti 6 bulan yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Beraksi Bak Pemuzik Profesional, KJ Dan Keluarga Pukau Netizen

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Masih Giat Bikin Lagu Raya Di Usia 74 Tahun, S Atan Tunaikan Permintaan Raja Pop Jamal Abdillah 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara