web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


iKON World Tour Take Off In Kuala Lumpur, Bawakan Enam Oppa Kesayangan Ramai Pada Bulan Depan 

Kehebatan iKON sememangnya tidak boleh dinafikan, malah kumpulan dibarisi oleh Jay, Song, Bobby, DK, Ju-ne dan Chan ini berdiri sebaris bersama artis terkenal Korea yang lain.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2023 12:00PM

iKON - Gambar My Events International

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita baik untuk semua iKONics!  Enam oppa kesayangan anda bakal menjejakkan kaki buat kali ketiga di Malaysia, khusus untuk menjayakan konsert 2023 iKON World Tour Take Off In Kuala Lumpur.

Akan diadakan pada 22 Julai depan, tiket sudah mula dijual sejak 3 Jun lalu dan semua iKONics boleh membuat pembelian melalui pautan www.ticket2u.com.my.

Dibawakan khas oleh Jojo Events dan My Events International, konsert bertaraf mega ini pastinya amat dinantikan semua peminat.

Jurucakap My Events International berkata, kehebatan iKON sememangnya tidak boleh dinafikan, malah kumpulan dibarisi oleh Jay, Song, Bobby, DK, Ju-ne dan Chan ini berdiri sebaris bersama artis terkenal Korea yang lain.

“Kami menjanjikan malam K-Pop penuh hangat dan mendebarkan buat semua iKONics. Dengan pengalaman dimiliki My Events dalam menjayakan persembahan antarabangsa, iKON World Tour pasti menjadi kenangan indah buat semua peminat,” katanya.

Gambar My Events International
Gambar My Events International

Untuk info, My Events International ialah syarikat pengurusan acara yang memiliki pengalaman selama 16 tahun dalam menguruskan acara, sama ada di peringkat tempatan atau serata dunia.

Jojo Events Sdn Bhd pula telah diiktiraf sebagai syarikat yang berhasil membawa artis berkualiti mengadakan persembahan, malah turut menyediakan perkhidmatan buat pelanggan korporat.

“Jojo Events ialah syarikat milikan penuh Bumiputera, dan menjadi kebanggaan Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir, atau lebih dikenali sebagai Jojo dalam kalangan rakan-rakan.

“Syarikat ini amat diingati atas kejayaan menganjurkan konsert Michael Jackson History Tour yang mencipta sejarah tersendiri di Malaysia,” katanya.

Jelas jurucakap itu, iKON World Tour pastinya akan menjanjikan pengalaman terbaik buat semua iKONics, apatah lagi penganjur telah mengambil kira setiap aspek yang perlu diberi perhatian.

“Mereka telah mengambil langkah untuk mewujudkan zon tempat duduk tinggi supaya peminat dapat menikmati persembahan sepenuhnya.

“Tiket pula boleh didapati pada harga MYR 388, MYR538, MYR688, MYR838, MYR1,038 dan MYR1,088 tertakluk kepada yuran tiket,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari Facebook My Events International, akaun @myeventsintl di Instagram atau @myeventsintl_ di Twitter. - Getaran, 8 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

Sebut Diri Sendiri Ikon Fesyen, Vida Tampil Ala ‘Mat Kilau’ Di #KLFW2022

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pereka Fesyen Legenda Issey Miyake Meninggal Dunia

3

TARA 2 tahun yang lalu

11 Personaliti Wanita TV3 Ini Cukup Berwibawa, Hebat Dan Berpengaruh Besar

4

TARA 2 tahun yang lalu

Adibah Noor - Perginya Seorang Penghibur Yang Terlalu Istimewa

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara