Selepas kejayaan konsert Slam Mentari Muncul Lagi yang ditangguh pernah dua kali, kini kumpulan berkenaan sekali lagi mengubati rindu peminat dengan konsert Nurkasih yang bakal diadakan pada 6 Ogos depan.
Kehebatan kumpulan Slam yang ditunjangi oleh Shah, Eddie, Lili, Man dan Zamani memberi satu aura yang sangat kuat sehingga setiap kali kemunculan mereka pasti dinantikan serta mendapat sambutan hangat dari peminat.
Konsert Slam Nurkasih yang dianjurkan AV Group & WMD Event ini bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 6 Ogos ini. Band muzik yang cukup meledak pada awal tahun 1990-an ini akan membawakan 18 hingga 20 lagu-lagu hit mereka yang pasti akan menggamit memori.
“Konsert kali ini diberi judul NurKasih, yang merupakan salah satu judul lagu hits Slam, ia juga membawa maksud kasih dan sayang Slam kepada peminat yang di ibaratkan seperti sentiasa memberikan Cahaya (Nur ) kepada Kumpulan Slam selama ini,” kata kumpulan ini.
Pembeli tiket Konsert Slam Nurkasih berpeluang memenangi sebuah gitar sebagai hadiah nombor tiket bertuah bagi pembeli tiket dan di buat untuk semua kategori tiket.
Sebanyak empat buah gitar berupa dua buah gitar elektrik dan dua buah gitar akustik untuk di menangi yang ditaja khas PBH MUSIC Sdn Bhd. Layari laman web Ilasso Tickets atau menghubungi llasso Tickets di talian 03-21706333 untuk pembelian tiket– Getaran, 20 Jun 2023