web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Malaysia Terlepas Peluang ekonomi Coldplay - Syed Saddiq Anggarkan Singapura Raih Keuntungan RM180 Juta Hasil Jualan Tiket 

Menurut Syed Saddiq, negara jiran, Singapura mendapat keuntungan besar apabila kumpulan itu memutuskan untuk membuat persembahan selama enam hari di negara itu.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 12:25PM

Syed Saddiq berkata Malaysia tidak boleh berterusan terlepas peluang ekonomi yang boleh dijana hasil daripada penganjuran konsert. - Gambar fail dan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Malaysia terlepas peluang ekonomi yang boleh dihasilkan daripada konsert kumpulan rock alternatif British, Coldplay’. 

Begitulah dakwaan presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkenaan Singapura meraih keuntungan besar apabila kumpulan itu memutuskan untuk membuat persembahan selama enam hari di negara berkenaan.

Syed Saddiq menyifatkan Malaysia terlepas peluang ekonomi yang boleh dihasilkan daripada penganjuran konsert kumpulan rock alternatif British, Coldplay.

“Coldplay buat tour enam hari di Singapura. Semalam lima hari, hari ini mereka tambah lagi satu tarikh. Malaysia pula nak buat satu konsert pun banyak halangan. 

“Tetapi apa kena mengena konsert Coldplay di Singapura dengan Malaysia. Kita sebenarnya terlepas loteri ekonomi,” katanya menerusi hantaran di TikTok baru-baru ini.

Syed Saddiq mendakwa, Singapura bakal mengutip hasil jualan tiket sebanyak RM180 juta bagi konsert selama enam hari itu.

Ini kerana Stadium Nasional Singapura boleh memuatkan 50,000 penonton dalam satu masa dan harga purata satu tiket sekitar RM600 dengan kutipan yang bakal dijana berjumlah RM30 juta sehari.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu menjelaskan, Singapura juga bakal mendapat limpahan ekonomi ekoran peminat daripada luar negara akan mengembara dan berbelanja di negara itu sepanjang konsert Coldplay berlangsung.

“Datang jauh-jauh naik penerbangan, takkan pergi konsert untuk dua hingga tiga jam sahaja. Mesti ada makan-makan, jalan-jalan.

“Anggarkan seorang belanja RM500 untuk satu hari. (Seramai) 1,000 pelancong sama dengan RM500,000 dan enam hari sama dengan RM3 juta. Ini adalah jumlah yang sangat besar yang boleh dihasilkan.

“Maksud saya adalah, ketika kita bertengkar mengenai penganjuran konsert di Malaysia, negara luar merebut peluang keemasan untuk menjana lebihan ekonomi,” jelasnya.

Tambah Ahli Parlimen Muar itu lagi, Malaysia pernah menganjurkan sehingga 50 konsert setahun namun kini semakin banyak rintangan dan keluhan.

Justeru beliau menegaskan, Malaysia tidak boleh berterusan terlepas peluang ekonomi yang boleh dijana hasil daripada penganjuran konsert.

terdahulu, kumpulan muzik popular dunia Coldplay mengumumkan bakal menggegarkan Kuala Lumpur dengan lagu pop rancak  mereka dalam satu konsert mega di Malaysia.

Kumpulan Coldplay
Kumpulan Coldplay

Konsert sulung band pemenang anugerah Grammy berkenaan, dijadualkan berlangsung lokasi ikonik negara, Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 November 2023.

Konsert anjuran PR Worldwide dengan kerjasama Live Nation tersebut akan berlangsung di lokasi ikonik negara, Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Kumpulan Coldplay yang dibarisi Chris Martin, Johny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion terkenal dengan lagu-lagu malar segar mereka seperti Fix You, Viva La Vida dan banyak lagi.

Konsert terbabit juga merupakan sebahagian daripada siri jelajah kumpulan muzik popular kumpulan Coldplay telah bermula sejak Mac tahun lalu lagi untuk mengelilingi dunia.

Tiket konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour akan mula dijual bermula 17 Mei ini menerusi Live Nation Malaysia sekaligus menjawab teka-teki peminatnya yang sudah lama menunggu tarikh keramat tersebut. – Getaran, 23 Jun 2023.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

oleh Rahayu MN