web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Impian Slam Tampil Di Pentas DFP Bakal Jadi Kenyataan Jun Ini

Persembahan itu bakal jadi aksi sulung kumpulan slow rock di pentas berprestij berkenaan selepas 30 berkecimpung dalam industri muzik

Muzik Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2024 12:34PM

Slam dianggotai oleh Zamani selaku vokalis, Shah (gitaris), Eddie (keyboard), Lili (bass) dan Man (dram). gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Impian kumpulan muzik legenda Slam untuk membuat persembahan di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas (DFP) di sini, bakal menjadi kenyataan apabila kumpulan slow rock itu diberi kepercayaan untuk beraksi pada 8 Jun depan.

Persembahan di pentas berprestij negara itu adalah aksi sulung Slam yang dianggotai Zamani selaku vokalis, Shah (gitaris), Eddie (keyboard), Lili (bass) dan Man (dram), sepanjang tiga dekad berkecimpung dalam industri muzik tanah air.

Shah atau nama sebenarnya Shah Nizam Abdul Halim, 50, berkata, dalam konsert itu, Slam akan tampil berbeza dengan menyanyikan seleksi lagu yang jarang dibawa dalam persembahan langsung antaranya Malam dan Semalam, Bukan Niat Membalas Derita, Terasing Dalam Sepi, Suratan, Warna Kehidupan dan Buat Seorang Kekasih.

Vokalis kumpulan Slam, Zamani pada sidang media di Dewan Filharmonik Petronas semalam.
Vokalis kumpulan Slam, Zamani pada sidang media di Dewan Filharmonik Petronas semalam.

"Konsert ini khas buat peminat setia Slam yang tidak jemu menghargai dan menyokong karier seni kami sejak lebih 30 tahun lalu. Jadi, kami ambil peluang ini untuk memenuhi permintaan mereka," katanya dalam sidang media konsert berkenaan, semalam.

Menurutnya, selama ini setiap karya yang ditampilkan Slam sangat menepati selera dan jiwa peminat muzik Melayu seterusnya menjadi kekuatan kepada kumpulan itu untuk bertahan sehingga ke hari ini.

"... jadi kami tidak kecil hati bila orang nak kata kami ini band kampung atau 'leman' dan sebagainya... tapi kami bangga dengan muzik yang kami bawa sebab sampai sekarang, orang boleh terima lagu-lagu kami. Sebagai pemuzik, kami cuba buat susunan muzik yang lebih baik agar ia setanding dengan lagu baharu yang ada di pasaran sekarang," katanya.

Dalam pada itu, Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 53, walaupun masih dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan akibat masalah skoliosis atau tulang belakang melengkung, beliau optimis semuanya akan berjalan lancar.

Katanya beliau akan sentiasa menjaga kesihatan agar kekal cergas demi konsert yang bakal berlangsung.

"Alhamdulillah, kesihatan saya masih baik walaupun bukan 100 peratus....saya dah buat dua persembahan berskala besar selepas menjalani pembedahan. Insya-Allah, saya yakin semuanya akan baik-baik sahaja.

"Buat masa ini, saya hanya berlatih menyanyi setiap hari untuk mengekalkan momentum dan jaga stamina," katanya yang berhasrat untuk berduet dengan penyanyi Akim Ahmad suatu hari nanti.

Kredibiliti dan kemampuan Zamani untuk terus menyanyi turut dikagumi semua anggota kumpulannya dan menyifatkan bakat penyanyi itu sebagai anugerah dari Tuhan.

"Orang hanya lihat Zamani tak sihat, jadi orang pertikaikan kredibilitinya. Tapi, jujurnya bila kita lihat pencapaian Zamani, dia sebenarnya lebih baik daripada kebanyakan penyanyi lain sebab mampu menyanyi lebih dua jam tanpa berhenti. Baru-baru ini, dia buat persembahan selama tiga jam, tapi dia okay sahaja," kata Shah.

Tiket persembahan dengan harga RM188, RM248, RM288, RM388, RM448 dan RM548 boleh dibeli menerusi tempahan di laman sesawang DFP di www.dfp.com.my, e-mel di boxoffice@dfp.com.my atau telefon di talian 03-23317007. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Kumpulan Slam Guna Judul Lagu ‘Nurkasih’ Untuk Konsert Terbaharu, Bukti Kasih Dan Sayang Mereka Kepada Peminat

2

Budaya 2 tahun yang lalu

Buat Julung Kali, DFP Tampilkan Konsert Kebudayaan Bersama UTP

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Giliran Ruth Sahanaya Beraksi Di DFP Fabulous Friday 

4

TARA 2 tahun yang lalu

‘Another Level!’ Kunto Aji Luar Biasa, Curi Hati Peminat Konsert Pertama Di Malaysia!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

oleh Rahayu MN