web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Kalau Menang CIMB Rising Start, Dapat Bimbingan Nyanyian Daripada Hael Husaini

CIMB Rising Start adalah program realiti nyanyian yang julung-julung kali diadakan di Malaysia oleh CIMB Group

Muzik Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2024 8:19PM

Hael Husaini

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CIMB Group Holdings Berhad (CIMB Grop) kini secara rasminya telah melancarkan program realiti  CIMB Rising Start yang merupakan pertandingan nyanyian yang julung kalinya diadakan di Malaysia. 

Justeru ini, mereka menyeru calon penyanyi untuk mendaftar bagi mengikuti uji bakat di akaun Instagram dan Tiktok CIMB Malaysia. 

CIMB Rising Start terbuka kepada warganegara Malaysia, berumur di antara 18 dan 40 tahun dan tarikh tutup penyertaan ialah 30 Jun 2024.

Ketua Pegawai Jenama & Pemasaran Kumpulan CIMB Group, Toni Darusman berkata, pihaknya berbesar hati melancarkan pertandingan realiiti ini dan berharap ia bakal menemui bakat muda dan bercita-cita tinggi. 

“CIMB Rising Start menunjukkan janji jenama kami, ‘Moving Forward with You, yang merangkumi nilai jenama CIMB untuk memperjuangkan komuniti serta memberi inspirasi dan memperkasakan bakat muda dalam merealisasikan impian mereka,” ujar beliau.

Bagi menyokong industri seni kreatif, CIMB Rising Start bukan sahaja menyediakan platform untuk calon penyanyi di Malaysia untuk mempamerkan bakat mereka, tetapi juga membolehkan pemenang dari Malaysia untuk sama-sama berentap di pusingan akhir dengan para pemenang dari negara jiran iaitu Singapura, Thailand dan Filipina. 

Pentas akhir serantau ini  akan diadakan di Indonesia.

Pertandingan pada peringkat akhir serantau akan dilengkapkan dengan konsert CIMB Kejar Mimpi yang dianjurkan pada setiap tahun di Indonesia yang menampilkan barisan artis terkemuka seperti Chakra Khan, Maudy Ayunda dan ramai lagi. 

Barisan juri yang terlibat untuk CIMB Rising Start pula terdiri daripada nama-nama yang berkredibiliti termasuklah ikon muzik Malaysia, Hael Husaini, dan pemenang CIMB Niaga Kejar Mimpi 2023 di Indonesia, Evelyn Wijaya.

Uji bakat tertutup akan dianjurkan untuk mengenal pasti dua wakil yang bakal mewakili Malaysia di peringkat akhir serantau di Jakarta, Indonesia. 

Kedua-dua pemenang dari Malaysia akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,000, di samping mendapat peluang untuk menerima bimbingan secara peribadi dengan Hael Husaini. 

Mereka juga berpeluang untuk memperolehi kontrak eklusif bersama syarikat pengurusan bakat, Rocket Fuel Entertainment Sdn. Bhd. selama dua tahun yang juga merangkumi satu single muzik dan satu rakaman muzik video. 

Keputusan untuk memutuskan kedua-dua pemenang dari Malaysia akan diumumkan pada 15 Julai 2024, manakala pemenang-pemenang untuk peringkat akhir serantau akan diumumkan pada 31 Julai 2024. 

Konsert CIMB Kejar Mimpi 2024 akan diadakan di Surakarta, Indonesia pada 24 Ogos 2024. - Getaran, 7 Jun 2024

Foto : CIMB

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

CIMB Preferred Anjur Bazar Siberturahim Fashion Fest Untuk Kali Kedua

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Atas Faktor Kesihatan, Konsert Yang Sebelum Ini Ditunda Ke 19 Februari Terpaksa Dibatalkan 

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Walau Konsert Terpaksa Ditangguhkan, Hael Husaini Hadiahkan Peminat Dengan ‘Sayang Do You Love Me?’

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Konsert Sulung Hael Husaini Live In KL, Diubah Tarikh Ke Tahun Hadapan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

oleh Rahayu MN