web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Beg Sekolah Berat, KPM Laksana Kajian Terperinci

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2022 1:23PM

KPM memandang serius isu beg berat melibatkan pelajar sekolah rendah dan merangka pendekatan terbaik untuk mengatasi masalah tersebut. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan kajian terperinci bagi menyelesaikan isu beg sekolah berat yang membabitkan pelajar sekolah rendah.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, pihaknya memandang serius perkara ini dan sedang merangka pendekatan terbaik dalam mengatasi masalah tersebut.

Menurut beliau, KPM sedang dalam penelitian bagi mengenal pasti punca sebenar isu itu, yang berlaku sejak sekian lama.

"Isu ini sudah berlarutan terlalu lama yang kita kena kaji punca sebenar ia berlaku dan apa penyelesaiannya. Kita telah pun mengadakan perbincangan bagi mencari apa sebab ia berlaku.

"Oleh sebab itu, kita telah memperincikan beberapa pendekatan dan telah mengenal pasti beberapa punca, namun ia masih dalam peringkat perbincangan dan kerangka masa yang akan diselesaikan secepat mungkin," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Program Sekolahku Sejahtera di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Mohd Radzi memaklumkan, kekurangan guru menyebabkan pihak sekolah menambah jumlah mata pelajaran yang menjadikan murid terpaksa membawa banyak buku ke sekolah.

Pada masa sama, beliau menegaskan isu tersebut juga berlaku disebabkan pelajar membawa buku latihan tambahan yang tidak dibekalkan KPM.

"Begitu juga buku rampaian satu mata pelajaran. Seperti Bahasa Malaysia, saya lihat sampai ada empat buku rampaian yang perlu di bawa pelajar.

"Kita juga ada mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) agar dapat membenarkan murid sekolah agama untuk terus pakai baju sekolah kebangsaan. Ini supaya mereka tak perlu bawa baju lain yang mampu meringankan beban mereka," katanya.

Menurut beliau, terdapat keperluan untuk kementerian meneliti semula penggunaan buku teks yang terlalu tebal dan dilihat sudah tidak relevan pada masa kini.

" Penggunaan loker juga kita sedang teliti namun ia agar sukar dilaksanakan di sekolah yang mempunyai dua sesi. Apapun, kita sedang mengambil kira semua faktor yang berlaku.

"Ini bagi kita merangka pendekatan menyeluruh isu yang sudah lama berlanjutan ini kita akan dapat selesaikan sebaiknya dan kalau boleh kita nak capai sehingga masalah ini tidak berlaku lagi," katanya.

 

Dahsyat. Isu 42 tahun lepas sampai sekarang tak boleh selesaikan. Nak selesai macamana jika yang ada kuasa bercakap...

Posted by Mohd Fadli Salleh on Sunday, February 20, 2022

Terdahulu, seorang guru dan pempengaruh media sosial dengan 512,000 pengikut di Facebook yang sering mengetengahkan topik serta memperjuangkan isu pendidikan, Mohd Fadli Saleh, membangkitkan masalah beg dibawa pelajar kerana didakwa semakin berat.

Beliau turut berkongsi kisah di kelas seorang guru Matematik yang sedang mengajar bab jisim dan menimbang berat beg setiap murid tahun dua, sebelum mendapati purata berat beg itu adalah antara lima hingga 8.3 kilogram.

Beliau turut memaklumkan, cerita dikongsi seorang pengikut laman sosialnya mengenai situasi murid di United Kingdom yang menunjukkan beg dibawa mereka lebih kecil daripada bekal makanan, sekali gus mewujudkan perbezaan ketara dengan senario di Malaysia.

Lebih menyedihkan katanya, apabila membaca komen ibu bapa yang pernah menetap di luar negara serta menghantar anak mereka bersekolah di sana dan apabila pulang ke Malaysia, dihujani pertanyaan, mengapa situasi sekolah di negara ini tidak menyeronokkan.

Perkongsian dan isu dibangkitkan Cikgu Fadli mengenai beg sekolah berat menerima ribuan tanda suka dan komen yang bersetuju dengan apa diperkatakan, termasuk risiko kesihatan dialami murid, antaranya masalah tulang belakang. - Getaran, 21 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

3

Pendidikan 5 bulan yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

4

Pendidikan 5 bulan yang lalu

3,038 Sekolah Kurang Murid Tahun Ini, Tiada Yang Ditutup - Wong

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah