web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sistem Pendidikan Sekolah Rendah Perlu Reformasi Segera

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 8:55AM

Pendidikan sekolah rendah ketika ini berdepan isu kurikulum dan mata pelajaran yang terlalu padat menyebabkan guru tidak berupaya melakukan lebih banyak aktiviti lain. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) digesa melaksanakan reformasi terhadap sistem pendidikan bagi sekolah rendah dengan kadar segera. 

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, pengubal sistem pendidikan negara perlu serius memahami dengan lebih teliti situasi negatif yang sedang berlaku. 

Menurut beliau, pendidikan sekolah rendah ketika ini berhadapan dengan isu kurikulum dan mata pelajaran yang terlalu padat menyebabkan guru tidak berupaya melakukan lebih banyak aktiviti menyeronokkan bagi mengembangkan potensi murid. 

"Jika dibandingkan dengan negara yang mempunyai sistem pendidikan yang lebih maju seperti Singapura, Jepun, Australia atau Finland, negara kita didapati mempunyai bilangan mata pelajaran dan silibus yang lebih banyak. 

"Pada masa sama, murid sekolah rendah juga terbeban dengan kerja sekolah yang telah meningkatkan kesan tekanan emosi dalam diri mereka," katanya. 

Dr Anuar Ahmad
Dr Anuar Ahmad

Anuar menegaskan, pendidikan sekolah rendah seharusnya dipenuhi dengan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, aktif dan berupaya meningkatkan motivasi serta rasa ingin tahu murid untuk terus belajar. 

Lantaran itu, dalam mereformasikan pendidikan sekolah rendah, beliau memaklumkan empat matlamat pendidikan asas harus dikuasai dengan baik oleh murid-murid Tahap 1 membabitkan Tahun 1, 2 dan 3.

"Matlamat pertama iaitu kemahiran '3M' iaitu asas membaca, menulis dan mengira perlu dilaksanakan dalam bentuk aktiviti tanpa menggunakan buku teks. 

"Semua murid perlu dapat menguasai kemahiran terbabit dengan sebaiknya dan lepas ujian yang ditetapkan sebelum mereka memasuki ke alam sekolah menengah," katanya. 

Pada masa sama, beliau berkata, kemahiran komunikasi lisan dwibahasa harus juga dilaksanakan secara pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka dalam bentuk aktiviti tanpa menggunakan buku teks. 

"Tahap pencapaian mereka, murid-murid perlu fasih bertutur dalam dua bahasa sebelum tamat pendidikan sekolah rendah kerana perkara itu jika dikuasai adalah lebih baik," katanya.

Dalam pada itu, Anuar berkata, bimbingan asas amalan agama, moral dan adab juga perlu diperkasakan melalui bentuk aktiviti dan bimbingan tanpa perlu menguasai buku teks. 

"Dengan cara itu, murid beragama Islam mampu menguasai ibadah wajib dengan sempurna.

"Misalnya, murid boleh mengerjakan solat lima waktu dengan tertib dan bacaan dalam solat yang baik serta memahami sepenuhnya setiap ayat yang dibaca," katanya. 

Bagi matlamat pendidikan asas terakhir, menurut beliau, bimbingan amalan kesihatan diri dan kecergasan jasmani harus diperkasakan agar pelajar mencapai indeks jisim badan (BMI) ideal sebelum mereka menamatkan persekolahan. 

"Sistem pendidikan negara bagi tahap satu sekolah rendah sepatutnya memberi fokus kepada empat matlamat utama ini. Ini memberi peluang kepada guru. 

"Dengan cara itu, pendidik dapat merancang dan melaksanakan pengajaran secara aktiviti bebas yang menyeronokkan murid berasaskan tanpa perlu bergantung pada penggunaan buku teks semata-mata," katanya. - Getaran, 8 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka