web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KPM, Faber-Castel Perkasa PdP Guru, Pelajar Menerusi Program Pembelajaran Kreatif

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 8:45PM

Program Pembelajaran Kreatif oleh Score A pertama kali diperkenalkan pada tahun 2020 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini menjalin kolaborasi bersama syarikat alat tulis terkemuka, Faber-Castell bagi melaksanakan ‘Program Pembelajaran Kreatif oleh Score A’, sebagai usaha memperkasakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) kreatif dalam kalangan guru serta pelajar.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, kolaborasi itu merangkumi pendekatan pembelajaran abad ke-21 dalam bilik darjah.

“KPM mengalu-alukan sebarang bentuk kolaborasi industri dalam semua bidang yang bakal membantu meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan kepakaran guru serta pelajar ke arah memperkukuh pendidikan negara.

“Dengan gabungan teknik dalam Score A yang merangkumi pendekatan pembelajaran abad ke-21 dalam bilik darjah ini, saya yakin PdP menjadi lebih menyeronokkan dan pelajar semakin bersedia dengan kemahiran serta nilai penting untuk menghadapi cabaran pada masa depan,” katanya ketika Majlis Pelancaran ‘Program Pembelajaran Kreatif oleh Score A’ secara maya hari ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan Faber-Castell Malaysia, Andrew Woon.

Dr Mah Hang Soon - Gambar fail
Dr Mah Hang Soon - Gambar fail

Hang Soon berkata, bagi fasa pertama program itu, Faber-Castell akan berkolaborasi bersama enam Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), iaitu di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak.

Katanya, fasa pertama program itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1,700 guru dan 200,000 pelajar di negeri berkenaan.

Menurut Hang Soon, program itu menawarkan pendekatan serampang dua mata, iaitu pertama, ia memberikan peningkatan teknik pembelajaran kepada guru.

Pendekatan kedua, katanya, memanfaatkan pelajar menerusi ilmu disalurkan pendidik.

“Guru menghadiri kursus tiga jam itu akan dilengkapi dengan buku panduan (handbook) yang menerangkan mengenai teknik dan aktiviti digunakan agar berguna untuk jangka masa panjang.

“Teknik itu kemudian, disalurkan kepada pelajar untuk meningkatkan pembelajaran di dalam kelas dan di rumah,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata, pelajar akan dicalonkan guru mereka untuk bertanding dalam Olimpik Pembelajaran Kreatif Score A di peringkat kebangsaan pada penghujung program.

“Sepuluh pelajar teratas untuk sekolah rendah dan sekolah menengah akan menerima hadiah wang tunai, hamper barangan serta sijil penyertaan,” tambahnya.

Sementara itu, Andrew berkata, pihaknya sentiasa menjalankan inovasi dalam memperbaiki teknik PdP, di samping membabitkan kolaborasi pendidik.

Program berkenaan, katanya, direka selaras dengan ‘tagline’ syarikat, ‘teman sepanjang hayat’ yang menyasarkan untuk menggalak dan memupuk kreativiti dalam semua peringkat umur masyarakat tanpa batasan.

Andrew berkata, pihaknya ingin terus mendorong dan memberikan pengalam kreatif kepada pelanggan semasa yang menggunakan produk inovatif keluaran syarikat berkenaan.

“Kreativiti bukan terbatas kepada seni sahaja, malah merangkumi penyelesaian masalah dan proses pembelajaran.

“Program Pembelajaran Kreatif oleh Score A pertama kali diperkenalkan pada tahun 2020 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah,” katanya. – Getaran, 23 Jun 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'