web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Harap RUU Anti Lompat Parti Dilulus, Dipratik Segera’ – Persatuan Alumni MPPK

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 9:06AM

Perdana Menteri ketika membentangkan RUU Anti Lompat Parti berkata, usaha berkenaan akan mengelakkan negara terus berdepan krisis politik tiada kesudahan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Alumni Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) menyokong penuh pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti dan berharap ia dipratikkan bagi mewujudkan politik negara yang semakin stabil, sekali gus membina masa depan negara lebih sejahtera.

Menurut Presiden Persatuan Alumni MPPK, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri, sekarang adalah masa terbaik untuk kerajaan melaksanakan RUU berkenaan, memandangkan wujud situasi pemerintahan terdahulu ‘tumbang’ kerana pemimpin melompat parti.

“Persatuan Alumni MPPK berpendapat bahawa RUU Anti Lompat Parti perlu disegerakan kerana ketidakstabilan politik negara ini, berpunca daripada perbuatan melompat parti dalam kalangan wakil rakyat.

“Perkara tersebut perlu dibendung kerana ia tidak sihat dalam amalan demokrasi negara,” katanya menerusi kenyataan.

Presiden Persatuan Alumni MPPK, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri - Gambar Fail
Presiden Persatuan Alumni MPPK, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri - Gambar Fail

Muhammad Amir Asyraf berkata, pihaknya berharap RUU itu disokong dan diluluskan sebulat suara Ahli Dewan Rakyat.

“Kami mengambil maklum berkenaan RUU Anti Lompat Parti yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat untuk bacaan kali kedua semalam.

“Justeru, besar harapan pihak kami agar rang undang-undang ini dapat disokong dan diluluskan sebulat suara Ahli Dewan Rakyat demi masa depan negara yang lebih sejahtera,” katanya.

Menurut Muhammad Amir Asyraf, mandat rakyat tidak boleh dicabuli atau dipermainkan sewenang-wenangnya.

“Kita tak mahu perkara sama berulang kerana boleh merosakkan kestabilan dan keharmonian negara.

“Cukuplah rakyat menderita selepas menjadi mangsa keadaan akibat ketidakstabilan politik sebelum ini,” ujarnya.

RUU Perlembagaan (Pindaan) (N0 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti, dilaporkan bakal memastikan kemelut politik berpanjangan sejak dua tahun lalu, tidak berulang.

Ismail Sabri ketika membentangkan RUU itu berkata, usaha berkenaan juga akan mewujudkan kestabilan politik dan mengelakkan negara terus berdepan krisis politik tiada kesudahan. - Getaran, 28 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Tetapkan Tarikh Sidang Khas Bincang RUU Larang Tukar Parti, Isu Rakyat

2

Politik 2 tahun yang lalu

Saya ‘Tak Syok’ RUU Anti Lompat Parti Ditangguh - Wan Junaidi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pindaan RUU Perlembagaan Diteruskan Isnin Ini

4

Politik 2 tahun yang lalu

Penangguhan RUU Anti Lompat Parti: Adakah Wujud ‘Gunting Dalam Lipatan’?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah