web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Semua Sekolah Agama Perlu Berdaftar Sebagai SABK Untuk Layak Terima Bantuan - Fadhlina

Pendidikan Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Feb 2023 1:20PM

Fadhlina Sidek - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua sekolah agama perlu berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi melayakkan institusi berkenaan menerima bantuan kerajaan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendaftaran sebagai sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) membolehkan institusi terbabit menerima segala bantuan diperlukan dan ditadbir urus dengan baik.

Menurut beliau, semua sekolah agama yang ingin didaftarkan sebagai SABK perlu memenuhi syarat ditetapkan, termasuk mempunyai premis sendiri.

“Pembinaan sekolah berkenaan juga perlu dibuat di atas tanah wakaf atau tanah kerajaan negeri serta memenuhi syarat keselamatan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Sekolah agama yang berhasrat untuk berdaftar sebagai SABK juga perlu mengemukakan permohonan kepada KPM,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan Dr Mohammed Taufiq Johari (PKR-Sungai Petani) pada sesi Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dalam soalannya, Dr Mohammed Taufiq meminta penjelasan kerajaan berhubung pendaftaran sekolah agama dan kaedah yang perlu diambil untuk memastikan semua institusi terbabit dapat didaftarkan agar layak menerima bantuan kerajaan.

Jelas Fadhlina, Seksyen 79 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menetapkan bahawa semua institusi pendidikan hendaklah didaftarkan di bawah akta ini.

“Bagaimanapun, institusi pendidikan yang menjalankan pendidikan agama semata-mata adalah terkecuali daripada tafsiran akta ini,” katanya.

Beliau berkata, 229 sekolah agama telah didaftarkan sebagai SABK mulai 2004 hingga 31 Januari tahun ini dan premis yang ingin berdaftar perlu melaksanakan Kurikulum Kebangsaan seperti ditetapkan di bawah Akta 550 dan apa-apa kurikulum yang dibenarkan oleh KPM.

“Sekolah juga hendaklah melaksanakan kokurikulum sebagaimana yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan yang lain.

“KPM amat peka atas keperluan pendaftaran sekolah agama dengan pihak kerajaan. Sesi perbincangan dua hala dan libat urus KPM dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa agama negeri (PBAN) akan terus dilaksanakan bagi memastikan sekolah agama dapat didaftarkan untuk melayakkan sekolah tersebut menerima bantuan dan ditadbir urus dengan baik,” katanya. - Getaran, 16 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 bulan yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global