web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KPM Adakan Peperiksaan Ulangan Untuk Pastikan Calon SPM Miliki Sijil

Pendidikan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2023 7:00AM

KPM sentiasa berusaha memastikan calon SPM mendapat sijil peperiksaan itu bagi membolehkan mereka melanjutkan pengajian ke IPT atau mendapatkan pekerjaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Meskipun Bahasa Melayu dan Sejarah adalah mata pelajaran wajib lulus untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), seramai 45,526 calon tidak menerima sijil ketika peperiksaan itu pada 2021 kerana gagal satu daripada subjek teras terbabit atau kedua-duanya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, jumlah calon gagal itu mencatatkan 11.9 peratus daripada 382,156 calon yang menduduki SPM pada tahun sama.

“(Bagaimanapun), Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa berusaha memastikan calon SPM mendapat sijil peperiksaan itu bagi membolehkan mereka melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) atau mendapatkan pekerjaan,” katanya menerusi jawapan bertulis.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Muslimin Yahaya berhubung berapa bilangan pelajar yang tidak layak atau tidak memperolehi sijil SPM pada tahun 2021.

Muslimin juga bertanya, apakah usaha KPM untuk mengatasi masalah berkenaan.

Fadhlina berkata, KPM menjalankan dua inisiatif bagi membantu calon gagal mendapat sijil itu untuk memilikinya, termasuk menduduki peperiksaan SPM Ulangan (SPMU) yang dilaksanakan pada setiap tahun.

“SPMU menawarkan tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

“Kedua, calon juga boleh menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian pada tahun berikutnya,” katanya.

Menurutnya, keputusan bagi peperiksaan itu boleh digabungkan dalam satu sijil peperiksaan menerusi perkhidmatan patching sijil SPM yang disediakan KPM melalui Lembaga Peperiksaan.

“Calon yang memperoleh sijil SPM kali pertama mulai tahun 2009 layak untuk memohon perkhidmatan ini.

“Dengan cara ini, calon masih berpeluang untuk mendapatkan sijil SPM atau memperbaiki keputusan mereka,” katanya.

Menteri Kanan Pendidikan sebelum ini, Datuk Dr Radzi Jidin pada 2021 menegaskan, KPM tidak pernah bercadang mengkaji keperluan memansuhkan Sejarah sebagai subjek wajib lulus dalam SPM.

Katanya, apa yang penting adalah KPM mengkaji faktor yang menyumbang kepada keputusan sedemikian, selain mencari pendekatan intervensi bersesuaian.

Langkah itu ujarnya, bagi memastikan generasi yang lahir daripada sistem pendidikan Malaysia dapat menguasai subjek Sejarah supaya jumlah murid gagal dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.

Pada 2010, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu menyandang portfolio Timbalan Perdana Menteri Tan Sri mengumumkan, Sejarah dijadikan subjek wajib lulus di peringkat SPM mulai 2013.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan ketika itu berkata, keputusan berkenaan adalah sama seperti langkah menjadikan mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapatkan sijil SPM.

Menteri Pendidikan pada 2013, Tan Sri Idris Jusoh (Datuk Seri ketika itu) pula berkata, langkah kerajaan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai syarat wajib lulus SPM, bukan untuk membebankan pelajar, sebaliknya bertujuan meningkatkan pengetahuan mereka mengenai sejarah negara.

Jelasnya, ia sebagai usaha untuk mendidik pelajar menjadi warganegara yang baik. – Getaran, 10 April 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

2

Pendidikan 5 bulan yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

3

Semasa 6 bulan yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

4

Pendidikan 8 bulan yang lalu

16 Pusat Peperiksaan SPM Di Terengganu Berdepan Risiko Gelombang Keempat Banjir

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini