web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penuntut Malaysia Lakar Sejarah, Catat Markah Kedua Tertinggi Dunia

Pendidikan Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 May 2023 3:48PM

Julea Qiestyna Abu Zar ialah penuntut Association of Chartered Certified Accounts (ACCA) Foundation In Accountancy (FIA) di bawah Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang penuntut Malaysia melakar sejarah apabila mencatatkan markah kedua tertinggi dunia bagi kertas Recording Financial Transactions (FA1).

Jurucakap Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak berkata, Julea Qiestyna Abu Zar ialah penuntut Association of Chartered Certified Accounts (ACCA) Foundation In Accountancy (FIA) di bawah Fakulti Perakaunan.

Menurut beliau, keputusan tersebut dicatatkan pada sesi Mac 2023.

“Markah diperolehi Julea itu juga adalah yang tertinggi di Malaysia,” katanya.

Getaran difahamkan, Julea menerima anugerah Paper FA1 Winner pada 20 April lalu.

Kejayaan dilakar Julea turut meraih perhatian Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah.

“Sekalung tahniah buat Saudari Julea Qiestyna, pelajar ACCA FIA Fakulti Perakaunan UiTM Perak dan seluruh warga UiTM Cawangan Perak.

“Besar harapan saya dapat melihat para graduan terutama anak kelahiran Perak dapat menempa nama di peringkat kebangsaan atau luar negara. Syabas dan tahniah,” katanya.

Ini bukan kali pertama penuntut Malaysia menempa nama dalam jurusan perakaunan di peringkat antarabangsa.

Pada 2021, dua penuntut tempatan, Nurul Fatin Nabihah Hamdan (kini berusia 27 tahun) dan Siti Naziah Mohamad Nazid (ketika itu berusia 21 tahun), masing-masing menduduki tempat ketujuh serta kesembilan dunia.

Nurul Fatin meraih pencapaian itu menerusi peperiksaan Strategic Business Reporting (SBR), manakala keputusan dicapai Siti Naziah dihasilkan menerusi peperiksaan Audit & Assurance (AA).

Kedua-dua penuntut di bawah seliaan Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) itu adalah antara 92,000 calon di seluruh dunia yang mengambil peperiksaan tersebut. – Getaran, 3 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

5 Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

2

Video & Galeri 3 tahun yang lalu

Istana Pasir Tertinggi Dirasmikan Di Denmark

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 13 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'