web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Fadlina Ketuai Delegasi Malaysia Ke Persidangan Agung UNESCO Di Paris

Pendidikan Dikemaskini 10 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Nov 2023 12:03PM

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika menyampaikan Kenyataan Negara mewakili Malaysia di Persidangan Agung Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Ke-42, di Paris, baru-baru ini. gambar FB KPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengetuai delegasi negara ke Persidangan Agung Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Kali Ke-42 di Paris, Perancis, yang berlangsung pada 7 November lalu hingga semalam.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan dalam persidangan itu, Fadhlina yang juga Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia telah menyampaikan kenyataan negara semasa sesi perbahasan umum dan berkongsi visi serta pencapaian Malaysia dalam menjayakan agenda UNESCO.

Menurut KPM antara yang diketengahkan adalah mengenai peranan aktif Malaysia dalam mendukung agenda UNESCO seperti melalui sumbangan kepakaran dan kewangan melalui Program Kerjasama Malaysia-UNESCO yang memanfaatkan lebih 7,000 peserta daripada 87 negara.

"Malaysia juga mengetengahkan usaha yang diterajui secara bersama dengan Brunei, Indonesia, Thailand dan Singapura dalam mengangkat kebaya sebagai warisan kebudayaan yang diiktiraf UNESCO.

"Ini adalah satu daripada usaha dalam meraikan persamaan dan solidariti rantau ASEAN demi memperkasakan warisan budaya tempatan ke peringkat global," menurut kenyataan itu.

KPM menerusi kenyataan sama memaklumkan Malaysia turut menyumbang dalam pembangunan pengetahuan menerusi Kursi UNESCO berkaitan Pembelajaran Masa Hadapan yang disandang oleh Malaysia serta pengiktirafan terkini UNESCO Triple Crown Site kepada Sabah dalam memelihara dan mempromosi tapak warisan dunia, biosfera dan geopark di Sabah.

"Negara-negara anggota turut disarankan untuk sentiasa memupuk kepercayaan serta keharmonian sejagat, selain mewujudkan kerjasama erat dan strategik dalam menangani cabaran global melalui pendekatan penyelesaian silang.

"Semua negara anggota perlu memberi tumpuan untuk mencapai agenda SDG 2030 (Matlamat Pembangunan Mampan 2030) serta melaksanakan usaha yang berterusan selepas 2030," menurut kenyataan itu.

Pada persidangan itu, Fadhlina turut berkongsi mengenai kesungguhan Malaysia menyediakan peluang pendidikan berkualiti bagi semua murid merentasi batasan kaum, agama atau status sosial.

"Ini dilakukan menerusi elemen pembangunan pendidikan berteraskan Pendidikan Manusiawi yang menumpukan kepada penerapan nilai dan pendekatan berorientasikan insan dalam pembangunan karakter berkonsepkan Karamah Insaniah," menurut KPM.

Selain menghadiri persidangan agung, Menteri Pendidikan turut menyertai Dialog Peringkat Menteri Berkaitan Pendidikan Keamanan yang dihadiri oleh menteri-menteri negara anggota UNESCO serta mengadakan lawatan ke beberapa institusi pendidikan yang boleh dijadikan penanda aras bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Penyertaan di persidangan agung itu membuktikan komitmen berterusan Malaysia selaku negara anggota UNESCO sekali gus membuka berpeluang kepada negara untuk membuat intervensi bagi memastikan prestasi dan pencapaian Malaysia dalam bidang kompetensi UNESCO adalah selari dengan agenda semasa global. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kementerian Pendidikan Serah Kes Murid Diserang Strok Haba Kepada Polis

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Video 'Kafir' Sudah Diseleweng, Diambil Luar Dari Konteks Sebenar - Fadhlina

3

Pendidikan 6 bulan yang lalu

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

4

Pendidikan 6 bulan yang lalu

Kantin Sekolah Dibuka Untuk Pelajar Bukan Islam - Fadhlina

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 14 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini